Last week, saya sekeluarga hampir seminggu dok berkampung di KL. Sepanjang di sana, Qisya anak kami okey. Last day, dia mengadu sakit mulut. N waktu tu, dia leh makan lagilah.
Otw back to Terengganu, kami singgah di Kuantan cam biasa untuk bermalam. B4 that singgah di poliklinik untuk cek mulut Qisya n kaki papaya dia. Main lagi futsal ye sayang. Haha. Teruk gak kaki Mr Hubby tuh.
Settle semua, cari hotel lah. Hampir semua hotel adalah full house. Lucky us coz ade satu hotel tu, ade 1 bilik kosong. Tapi yilek aircond. Tapi jugak, ade sediakan kipas n tapi jugak, harga adalah genap 100 hengget dr 150 semalam. Oklah kan.
Tiba nak tido, our daughter menangis x henti². Siap cakap² nampak tu nampak neh plus sakit mulut semakin menyengat. ayowww. Mama kamu neh dahlah penakut tahap gaban. Time nih, Qisya still lagi menyusu badan.
Saya suluh via my handset tgk mulutnya. Aduh, kelmarin ade 1 jek. Ni dah merebak satu kat anak tekak. Kenapa eak tetiba jek. Ke jarang minum air masak budak ni? Tapi dia adalah peminat tegar sky juice. Sanggup minum sky juice dr berbotolkan air susunya.
So, saya letak sejenis ubat cam bonjela tuh utk legakan kesakitan. Tp mcm tak work jek.
Sekarang, alhamdulillah, pas baik ulser, saya cam kompius, kenapa selera makan Qisya ni x mcm dulu. Lagi² bila on the dot jek Qisya kata TAK NAK pada nenen (istilah menyusu badan untuk budak²). Automatik TAK NAK. Lagi saya tak puas hati, mulutnya mengeluarkan bau yang kureng menyenangkan. Pe masalah neh.
Last 2 days, pas blk keje n pas solat maghrib, kami ke klinik. Memula tuh nak ke Klinik Intan tuh, tp dah sakitnya berkaitan ngan mulut, kita g klinik gigi jelah senang. Tapi x tau kat area mana klinik gigi yang ade. haha.
Alhamdulillah, otw tuh ternampak lah klink gigi. Pergilah, masuk jumpa doktor jek, check punye check, doktor dah geleng kepala.
" Kesiannya kak, dah nak merah dah semua gusi anak akak neh ". Malu plak rase nak story. Gigi, gusi dan keseluruhan mulut anak saya hampir rosak and berdarah disebabkan plak. Okeh!. Maybe cara saya gosok adalah salah. Kesian anak mama yer. Kepala dah risau kot makin teruk n terus tanye pe patot buat.
On the road blk rumah, kepala ligat camne nak gosok kan. Ting!. Keluar bolt lampu. Aha, baru teringat ade saya terbeli berus gigi baby untuk gosok lidah Qisya time dia beberapa bulan dulu. Kan lidah ade berbaki susu.
So, para ibu, jgn disebabkan nak kurus ke or wat so ever ke, jgnlah amik herba or jamu kan. Kesian anak yang masih breastfeed. Tp, Qisya memang sesuai dah stop sebab dah hampir 2 tahun setengah menyusu dada even campur² time keje. Masalahnya, dia stop secara tetiba lah. Mengejut. Kesian
Berbalik pada artikel tuh, ni ade sedikit ilmu untuk dishare...
Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi?
Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada
keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri.
Saya juga suka menasihatkan para ibu yang menyusukan anak agar berhati-hati dengan penggunaan antibiotik atau ubatan herba yang dipindahkan melalui susu ibu. Bayi yang breastfeeding mudah dilanda jangkitan ini jika ibunya mengamalkan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau memakan herba (atau jamu) untuk melangsingkan badan.
Oleh kerana keputihan yang disebabkan oleh jangkitan fungal iniserupa dengan saki-baki susu, jadi bagaimana mahu membezakan?
Saki baki susu hanya menyebabkan keputihan di bahagian atas lidah saja.
Tetapi jangkitan fungal thrush akan menyebabkan keputihan di seluruh bahagian dalam mulut, iaitu lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam (buccal mucosa).
Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakkan radang) di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu sama ada botol atau breastfeeding).
Ibubapa juga boleh mencuba teknik ini. Masukkan jari yang dibalut dengan saputangan yang basah. Cuba sentuh dan alihkan keputihan itu. Jangkitan fungal thrush, susah ditanggalkan. Jika ia tanggal, kemungkinan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.
Jika keputihan itu boleh ditanggalkan tidak perlulah berjumpa doktor. Berikan saja banyak air masak kepada bayi, insya Allah akan hilang perlahan-lahan.
Jika kita mengesyaki bayi kita mengalami jangkitan fungal, maka berjumpalah doktor. Selalunya doktor akan memberikan ubat anti fungal yang harus dititikkan ke dalam mulut bayi.
Bagi bayi yang breastfeeding, ubat itu boleh disapukan ke puting ibu sebelum menyusukan bayi.
Apakah langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan jangkitan fungal ini?
Jangkitan fungal ada kalanya memeningkan kepala kerana banyak sebab jangkitan ini boleh berlaku. Ada bayi yang mudah mengalaminya berbanding dengan bayi yang lain. Dibawah ini ada beberapa tips yang mudah diamalkan untuk mengelakkan jangkitan fungal ini.
Antaranya ialah :
- Memberikan air masak selepas menyusukan bayi. Ini akan menanggalkan saki-baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. Saki-baki ini akanmemudahkan jangkitan fungal.
- Jika menyusukan anak secara breastfeeding, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. Puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal. Bersihkan puting botol menggunakan air yang mendidihsekurang- kurangnya duakali seminggu.
- Jika puting di payudara merekah, jangan sapukan krim antibiotik kecuali atasnasihat doktor. Bayi anda mungkin akan menyusu pada sebelah yang disapukan antibiotik tanpa disengajakan.
- Jika bayi sakit, pastikan antibiotik yang diberikan kepada bayi anda adalah atasnasihat doktor. Penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini.
- Jika anda sendiri sakit dan memberikan susu secara breastfeeding, pastikan anda telah memberitahu doktor. Ada sesetengah antibiotik boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.
- Jika tidak pasti sama ada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya mengalami keputihan disebabkan oleh saki-baki susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doctor.
- Jangan membeli ubat dari farmasi kerana kebanyakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah ‘pembantu kedai’ yang tiada pengetahuan perubatan.
Adakah thrush merbahaya jika tidak dirawat?
Jangkitan fungal thrush tidaklah sampai menyebabkan kematian. Cuma masalahnya ialah apabila jangkitan ini menyebabkan kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu. Ini akan menyebabkan dehidrasi pada bayi.Bayi juga boleh mengalami demam akibat dehidrasi. Doktor selalunya akan memberikan bayi ubat paracetamol untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam, selain daripada ubat antifungal.
Jika bayi mengalami demam yang semakin tinggi melebihi 101 darjah
F / 38.2 darjah C, dan keputihan itu tidak berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu disebabkan oleh jangkitan kuman yang berbeza. Bukan lagi jangkitan fungal.
Jika bayi mengalami jangkitan fungal tentulah memenatkan ibubapa yang menjaganya.
Kita merasa kesian melihat bayi yang menangis dan tidak boleh menyusu, tetapi janganlah putus asa memberikan rawatan.
Semoga Allah memberikan kesabaran atas kesabaran kita.
Wallahu a’lam.
Artikel ni saya amik dari blog seorang Doktor iaitu Doktor Zubaidi. Tq doc for sharing.
Selain daripada itu hasil googlelan gak saya terjumpa produk-produk pergigian yang bagi saya amat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Antaranya :-
Anak saya, Qisya suka perisa dari produk Darlie ni. Bergel n lembut.
Petang ni nak cari this tissue. Kesian anak mama.
Hasil search dr Blog Zamimie. Tq.
So, insya-Allah, saya akan mencari selepas pickup my father in law pas abes keje petang neh. Hope jumpalah. Kesian dah tengok, x berapa nak makan, menangis bagaikan di dera, tiap petang, papaya dia amik kat Taska pun bad mood jek. Selalu, dari jauh dah berlari-lari nampak papaya dia. Mintak digendonglah, ajak cari kuehlah apelah.. ni balik je, wat muka 14, bad mood n tak ceria. Tapi, alhamdulillah, kat Taska punyala bertabah. Sanggup control sakit, makan segala, main semua. Cikgu cakap macam Qisya x sakit pepe. Tapi her parents bekalkan ubat. Pelik. Hehe. Thanks sayang anak mama, pandai bawa n jaga diri. Amalkan sampai diri sayang besar panjang tau. Risau. Nak hilang risau, hampir tiap waktu lunch saya call Taska kot² performance Qisya kureng memberangsangkan.
Hopefully petang neh, cerialah dia plus kedatangan atoknya dari ipoh mali maa.
Lagi sumber about gigi :-
· Mulut Berbau
· Tips Penjagaan Gigi Kanak-kanak
· Gigi Putih Berseri dari Blog Zamimie
· Penjagaan Gigi Kanak-kanak
· Pengurusan Waktu Makan Anak-anak
· Petua-petua Tradisional (Tetiba)
dahhhhhhhhh.
No comments:
Post a Comment
Thanks buddy and anonymous also...