"Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?"
Haih!... Bermacam sekarang eak. Saya ade somthing nak kongsi. Ni member baekkkkkkk punya yang forward. Silakan.
SUAMI ITU LELAKI (absolutely YES!)
- Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
- Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN (truly, madly, deeply)
- Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan.
- Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya Yakni si Isteri?
- Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.
- Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.
- Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.
KESIMPULANNYA:
- Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
- Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.
Dah bace dah? So, tepuk dada tanya selera.
- Ni tak, bila ajak cakap sket mulalah tinggikan suara ngan tangan pun sama naik.
- Xpun baru nak start cakap dah lari² ubah posisi duduk. Ngan orang lain bukan main lembut lagi. Sanggup buat apa sajork. Malah duduk pun bertentang mata. Aiseymen.
- Ada tu, bila cakap then ada xpuas hati, cakap jerit², jauh². Sorang dok depan, sorang dok dapor. Kang ada yang termakan sudip ni karang.
- Lagi satu bila mak si suami bagi petua jgn wat camni, xelok, si suami cakap betol jerkkkkkkkk. Bila mak si isteri bagi petua bleh plak dikatanya syiriklah apelah. Padahal sama jerk. Tak sedar lagi tuh.
- Paling x tahan, ada gak si suami sebok nak berbalas bertekak dengan si isteri. Macam PEREMPUAN. Naseb x main tarik² rambut. Yelah, suami takde rambut, camno nak tarik?
Jadikkkkkkkknyo... sini ada sket nak mengsharingkannye...
Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Lagi satu...
Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.
Nak more info sila klik here.
p/s : renung, termenung dan selamat beramal. Jangan ego plak muncul konon 'aku je ke, kena wat ni semua, isteri? Haih, silalah sama-sama mendidik, paham.
No comments:
Post a Comment
Thanks buddy and anonymous also...