Assalamualaikum.
As usuall, otw to work, we all akan layan hot fm. Topic for today is sejuta impian. Dalam pada menyusukan anak (alhamdulillah still breastfeeding even xsekerap dulu coz susu dah kurang) tgh leka melayan impian pendengar tatkala itu jugak saya teruja dengan impian sorang pendengar.
Actually, penyampai hot fm kemukakan topik ni coz TV3 tidak lama lagi akan mengadakan rancangan realiti terbaru di bawah program sejuta impian di mana program ini akan merealisasikan impian penonton yang telah lama diimpikan untuk dilaksanakan.
Kita berbalik kepada kisah impian seorang pendengar yg telah membuatkan saya teruja. Tak sangka impiannya sama dengan saya. Impian beliau?...
Ok, pernah tak terpikir...
Sekarang
Kepada mereka yang dah berkahwin dan mempunyai anak. Tiap pagi, b4 ke tempat kerja, kita sebagai ibu dan bapa telah bersiap sedia menyiapkan sarapan, mandi pakai anak, n then bergegas hantar ke taska or rumah pengasuh. hantar b4 8.00 am then fetch back b4 6.00 pm. Begitulah rutin almost everyday.
Kekadang
Bila saya melihat situasi itu sebelum diijabkabul, ditakdirkan oleh Allah mempunyai cahayamata sendiri, dan keluarga bahagia dan kini saya sendiri mengalami situasi tersebut, maka difikiran saya pernah terlintas, sekiranya saya menginjak ke usia tua, dah xmampu ke sana ke mari dan itupun jika dipanjangkan umur, di manakah saya akan berada? adakah anak² akan membiarkan saya sebagai ibu mereka, suami saya sebagai bapa mereka sebegitu sahaja. Bukan setakat diri saya yang jenuh saya fikirkan TETAPI ibu bapa saya juga adik² saya kini. Alhamdulillah saya ditakdirkan bekerja di tempat kelahiran saya dan hampir di sisi ibu dan bapa dan alhamdulillah juga serta sangat bersyukur mempunyai suami yang begitu memahami situasi saya. Sanggup bekerja dan menetap di sini.
Adakah kami para ibu dan bapa akan hanya menanti di rumah tanpa sebarang aktiviti yang menyihatkan, aktiviti yang bermotifkan kerohanian dan keagamaan agar penuh ilmu dan amal di dada sebelum dijemput mengadap Ilahi?
Tahu apa di fikiran saya pernah terlintas?
Bukan rumah orang tua tetapi PUSAT JAGAAN IBU BAPA yang seakan TASKA untuk anak² kita? Mean, sewaktu kita bekerja, ada orang memerhati ibu bapa kita, menjagai dengan penuh kasih (hope so lah), menyediakan kelas keagamaan samada mengaji, memperbetulkan solat, bacaan dalam solat, kelas zikir, tazkirah dan sebagainya untuk mereka, memenuhi lapangan mereka dengan pelbagai aktiviti menyihatkan yang tidak semestinya kesukanan tetapi juga aktiviti riadah yang lain seperti berkebun yang dilakukan secara berkumpulan sekaligus Insya-Allah, para ibu dan bapa kita sesekali tidak berasa kesunyian ditinggalkan sepi sewaktu kita sibuk mencari rezeki, Insya-Allah, masa mereka terisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan bermanfaat. Cukup masa, kita jemput mereka pulang sebagaimana kita menjemput anak² kita pulang daripada Taska mahupun rumah pengasuh.
Sebagaimana sedia maklum, hidup kita ibarat roda, berpusing. Ditakdirkan lahir di dunia sebagai bayi dan sebelum menutup mata, kita kembali kepada proses tersebut.
Saya harap impian saya tidak disalah erti, saya hanya mahu yang terbaik untuk ibu bapa saya juga ibu bapa kepada adik² saya agar mereka sentiasa bahagia dan berasa selamat dan disayangi oleh kami sebagai anak² mereka. Kami tahu, jasa mereka sebagai ibu bapa sangat besar dan sanggup berkorban apa saja, tidak mampu terbalas oleh kami sebagai anak-anak. Insya-Allah, jika dipanjangkan umur dengan kudrat yang masih bertenaga, kami adik beradik akan memelihara mereka sebagaimana kami dipelihara, diasuh dari kecil hingga dewasa menjadi insan berguna.
Inilah antara impian saya untuk mereka. Dapatkah tercapai? Semoga pendengar dan pencadang atau mereka yang mempunyai impian sama dengan saya merealisasikan impian ini JIKA saya tidak berkesempatan berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment
Thanks buddy and anonymous also...