FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Mar 11, 2012

Bawaku Pergi

Hye guys, salam semua.

Lama x menghapdatekan diri kan.

Sorrylah sangat bz ngan rutin di kantor.

Btw, rutin bermula jam 8am - 5pm. Kekadang kelewatan sehingga 6pm.

So, otr which mean is on the road to pulang ke rumah, keseorangan akan ditemani dengan dendangan lagu-lagu yang berkumandang di radio.

Sedang enak telinga ini melayani lagu Pencinta Terbaik dari Sofazr, muncul lah lagu terbaru juge bagi saya dendangan Zizan dan Kaka.

1st dengar intro macam background lagu spice gurl, so i tot that song by Spice gurls lah. Skali terdengar lirik pertama antaranya

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

memula tuh layansssssssss lah jugak akak ni kan. dengar punya dengar, aik, lain macam jek lirik ni.

Kita dengar n hayati lagi lirik seterusnya

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
(time susah, tau plak cari mak ayah family semua)
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali




ni video nye...


so, how korang? akak dengarkan, njoy jugekslah tp blk n sampai umah kan, terus tanye my hubbylah kot² ade dgr kan. so dia takde plak dengar, tp sekarang dah tau dah this song.

akak raselah kan, my opinionlah kan, banyak sebenarnya...


  1. erm, mungkin ade pro n kontranye lagu ini. mana tau this song mahu masyarakat sama² dok berfikir pe yang patot pe yang x patot.
  2. juga just nak tgk penerimaan masyarakat setempat, pe pandangan diaorang sementelah, banyak kes lari dari umah kan. kenapa nak lari dr umah sedangkan umah tak kejo pun korangkan
  3. dr pandangan negatif, risau jugak jd siulan anak² muda then terus ikut dan praktik segala duduk setiap lirik di atas.
  4. atau just sindiran agar kita berwaspada.
  5. lain-lain, sila kongsikan.


Haih, bermacam lirik lagu sekarang kan. tidak sepuitis lagu zaman 90an, 80an, 70an, 60an, an,an,an. totemudai-e-kuci, doraemonnnnnnnnnnnn. haha.

Masih ingatkan lagu dr kumpulan S tu, Screen, Scoin, Spin, Spring, Spoon, Spoil (ini abaikan) dan seangkatan dengannya itew adalah berpuitis even jiwang berkarat. Haha... ni sebahagianlah. Ukays pun ok, Umbrella, Visa, Various, lagi pe lagi, Lestari, yang nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka tu group pe eak.



So, tepuk dada tanye iman.


sumber video : credits to google n youtube



p/s : beraninya aku wat entry ni, alah pandangan masyarakat, jgnlah saman plak. hehe. setiap pe kita buat tidak semestinya org suka. Sure ade +ve n -ve nye kan.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar...♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Feb 26, 2012

Terkilan, saya terlambat untuk mengucapkan TAKZIAH

As salam

Kalian sihat? Happy sundae today? Seriously saya agak keceriaan sedikit pagi ini, adakah kerana mood berbaju baru berpolkadot? Ade kena mengena kah? hehe. Entahlah. Tapi Keceriaan saya pagi ni dikejutkan dengan email mengenai
Adik Faris telah kembali ke rahmatullah. Saya tahu saya terlambat mengenai perkhabaran yang Adik Faris telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada Khamis lalu.

Al-fatihah...

Bertambah pilu hati ini bila jari jemari saya lantas membaca rentetan kisah arwah di blog Bro Mazidul.


Lagi bertambah pilu bila melihat picca di bawah.


"Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," jelas Zuraine, ibu arwah adik Faris.

Seakan arwah tahu yang dia akan meninggalkan kedua ibu bapanya buat selama-lamanya. Tengah menaip, airmata saya bergenang.

Seperti saya, Kak Muni, senior saya turut berkongsi kisah arwah Adik Faris. Pesanan abah arwah, buat saya yang sudah bergelar ibu, tersentap.

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she doe...s that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Seriously buat saya tersentap coz kadang-kadang bila kita penat bekerja, sampai rumah terus buat kerja rumah, memasak, membasuh, etc semua buat kita kekadang sedikit stress dan anak² jadi habuan kemarahan. Apatah lagi bila si anak membuat ragam pohon perhatian. Btolkan?

Bila anak mula melihat kita setelah dimarahi seakan mohon simpati mohon belaian sementelah seharian ditinggalkan di pusat jagaan kanak², barulah kita tersedar dan terus memotivasikan diri dengan amanat 'sayangilah mereka selagi mereka masih ada di sisi'. Apatah lagi setelah saya pernah kehilangan zuriat pertama sewaktu usia kandungan 8 bulan plus. Ditambah pula dengan pengalaman keguguran buat 2x berturut² selepas kelahiran putri kami, Aisya Qistina. Tinggal beberapa minggu sahaja untuk menanti kehadiran permata pertama kami tika itu. Namun, Allah lebih mengetahui dan lebih menyayangi arwah Muhammad Amali Darwisy kami. Al-fatihah.

Semoga keluarga Encik Shamrulismawi Abah BlackPearl tabah menerima ujian Allah s.w.t. Takziah dari kami sekeluarga. Insya-Allah, di syurgalah tempatmu arwah Adik Faris.

Sekiranya anda masih ingin menyumbang kepada keluarga arwah Adik Faris, bolehlah salurkan sumbangan anda ke akaun:-

Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738

(Shamrulismawi Ismail).

Semoga arwah Adik Faris dicucuri rahmat dan tenang di sana. Al-fatihah.

sumber maklumat dan gambar : many thanks to Bro Mazidul, FB Abah Adik Faris, dan FB Bantuan Adik Faris, Kak Muni serta google searching.

p/s : Semoga anak saya cepat sembuh dari demam termasuk simptom sakit mata juga papa saya. Takut bila melihat ayahanda sendiri kerap sakit dan tak larat. Belum cukup diri ini berbakti kepada kedua ibu bapa. Begitu juga anak kepada opismate kami, Encik Ismail. Hopefully lelah anak anda cepat pulih dan sihat seperti sediakala.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...