FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Dec 13, 2010

Bundle... sape mau?

Duluuuuuuuuuu... saya benci bundle (ecece, cam iklan Almas plek kan). Btw, seriusly i bagitau, saya memang x shuke barang bundle. euwwwwwwwww... berragak. haha. ntah camne semalam, my hubby ajak g bundle cari tracksuit coz tomorrow mr hubby kena g kursus kat Paka. (nak itottttttttt). hehe.

So, we all g Nain Bundle kat area stadium collapse tuh. So, nehi yg berkenan. Then, mr hubby ajak g Bundle Bagus in front of Sekolah Teknik Wakaf Tembesu if i'm not mistake. So, g lah. Sesambil temankan mr hubby n menjaga si kecil kami mcm lipas kudung ke sana ke mari, alahai, ponek den. Suke sangat jenjalan ye, anak mama neh. So, saya cubalah try mengusha kot² ada barang baik punyer.

Hah, hambek ko, dr konon beragak sgt pun xmainlah brg bundle ni kan, so u all nak tau berapa manyak i rembat? 2 kemeja, 3 helai t-shirt long sleeve. wahhh... selai 5 hinggit. sape nak kasik. elok lg tuh. wakaka. wangi juga ada. gambo tarak. henset i kong. so nnt i update lg yer.

ok dah, i nak g meeting n dating. huh, manyak kelija juga. itu mcm entry n my blog sket bersawang. kena siapkan kerja b4 g kursus at Bangi.

Nov 30, 2010

Resepi Hari Ini

picca di atas merupakan sekadar hiasan bukan utk hidangan tengahari ini kepada anda. haha. coz if berhidang pun leh ke jamah? haha (mcm confirm sedap je kan?) - cantik x alas meja? korang ade? non hado. kikiki.

picca ini merupakan ayam penyet sepenyetnye handmade by me a.k.a Puan Nad. Actually i got the recipe at here n sila klik wanmus.com. n i ubah sket the recipe, jadikkkk... as below...

Bahan-bahannya :

1- Ayam:

1 ekor ayam biasa (dipotong 4 bukan 18 ye)

2- Bahan untuk perap ayam:

4 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

2 sudu besar ketumbar

serbuk Tumix ikan bilis (ikut suka anggaran anda)

* semua bahan ni dikisar

garam

gula

kicap cair

kicap manis

3- Cara menyediakan ayam penyet:

  1. Ayam direbus (saya rebus coz plan nak mkn this ayam penyet bersama nasi ayam. That's y i called this ayam as ayam penyet sepenyetnye)
  2. Then ayam diperap sehari atau semalaman dengan bahan yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit serbuk Tumix ikan bilis, garam and gula. Saya tambah sket kicap cair n kicap manis.
  3. Pastu, bakar di dalam ketuhar or goreng pun sodap.

Resepi kedua adalah sotong goreng kunyit bercendawan. huh agak panjang dia nyer nama. ni wat pas blk keje on Sunday hr tuh. Saya tambah cendawan coz my daughter really lovin' it (ingat MekD ke nak lovin' it ). Nak resepi ker? ecece... perasan kan konon cam sedap je saya masak. takpe Sharing is caring n scaringgg...haha.

Bahan-bahan :
5-10 ekor sotong dipotong kecil
cendawan ikut suka
2 inci halia dihiris nipis
2 ulas bawang besar dimayang halus
5 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar serbuk kunyit
10 biji cili burung atau cili kecil
1 sudu kecil serbuk Tumix ikan bilis
garam
gula
Minyak untuk menumis
Kuali

Cara nak masak :
1. Masukkan minyak n panaskan
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili burung sehingga naik bau yang wangi sehingga jiran menegur (absolutely kena bagi rase. hehe)
3. Dah naik bau tuh, masukkan sotong, serbuk kunyit, gula, garam n serbuk Tumix n gaulkan sebati sehingga kekuningan.
4. Hampir masak, sila masukkan cendawan, biarkan beberepa minit sehingga yakin sotong dah masak n hidangkan mengikut style chef anda.
5. Selamat mencuba. Best mkn bersama nasi panas yang sedikit lembik utk menaikkan berat badan anda. haha.

p/s : selamat mencuba.

Nov 24, 2010

Anonymous - "Jadi silent reader takpe. Jangan jadi silent killer. Bahaya!".

Ehem... to all anonymous...

Sometime I was weird at someone who like using Anonymous (sorry ye grammar berterabur) to replaced her/his self to comment 'ketidakpuashatian' at something yang ting tong gitu... haha.

Why not u show off yourself and tell us the truth. So, from that we can solved all the problems together gether without break our heart, isn't it?

Maybe those yang always using that 'perkataan' iteww ada a few like as kononnya privacy tp tak berani nak berhadapan realiti cuma boleh berada di alam fantasi je kan.

by the way, sesetengahnya ada yang menggunakan anonymous coz takde email berkaitan untuk digunakan bagi memberi pendapat dan komen yang boleh dikongsi samada pada blog mahupun laman sesawang yang lain. Bagaimanapun jangan menyalahgunakan perkataan tersebut semata-mata untuk membuka pekung di dada (sebab ada rasa ketidakpuashatian ni) dan mengaibkan orang perseorangan. tak elok n x manis coz seolah-olah apa yang dikomen itu seakan mahu menceritakan keburukan perihal diri sendiri daripada audien tak tahu terlebihlah nak amik tahu. kang ke naya tu.

Saya tabik spring but nop potato spring (yang saya gemar melahap since Ramadhan) pada anonymous yang bagus dan bernas di dalam meluahkan komen dan pendapat. tak semua anonymous masuk air keluar asap. hehe. jgn marah yer.

Whatever is, layan org psiko maka psikolah kita (even psiko tersebut ada mengambil subjek psikologi kunun mahu mengetahui dengan lebih mendalam psikologi manusia. ada tak bidang psikologi haiwan? wooopsss... berminatkah? haha).

Conclusion is "Jadi silent reader takpe. Jangan jadi silent killer. Bahaya!".

syhhh... J'taime n j'adore my silent reader n anonymous too...

p/s : picca inspired by google. Love google n cinta google.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...