FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Sep 4, 2013

Banyaknya Hutang... Macamana ni

Assalamualaikum wbt uolllsss n salam sejahtera...

Still beraya? memenuhi undangan open house? Silakan. Jangan melalak bila penimbang terlebih dose.

Fuh, kekangan masa utk mengapdate sy punye blog sgt merisaukan. Ecewah. Bajet ada yg membaca kan. Btw, sy memang banyak hutang. Yup. Perlu ke saya berkongsi dengan anda dengan hutang-piutang saya? Perlu? Herm, if sy share, anda nak membantu ke? Pleaselah kan. Dr membantu sy better wat isi minyak kan. 

Nak tahu hutang piutang saya?
  • Hutang kisah balik raya umah mertua tak habis cite lagi
  • Hutang kisah beraya di kampung asal en hubby di Kg. Sumpitan bersama ipar-duai masih tertunggak
  • Hutang pulang beraya ke sisi keluarga saya masih belum tertunai
  • Erm, ni hutang time balik bercuti sempena Merdeka Day di rumah my SIL @ Kulim... ni lagi banyak perlu dilangsaikan such as...
    • Perjalanan ke Kulim
    • Persiapan untuk Majlis Tahlil
    • Seusai majlis pe cer kan
    • Paling best ever nak cite pada PAGI MERDEKA... Herm... sgt menerujakan untuk diceritakan. Boleh masuk pertandingan Video Merdeka Day ni. Tak terbayar sbb saya tgh editing video bg lebih menarik setakat saya termampu
    • Perjalanan pulang ke rumah yang banyak dugaan sehingga memusabahkan diri en hubby dan saya.
  • Lagi, pe hutang saya ek? kisah kerja yang menimbun yang tak pernah habis. Hehe. Semua kena langsaikan sebelum next month ni. Heheh.

Till then, back to work now.


Eh, chop, ada yang kesah ke?



To see uolllssss









Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Aug 12, 2013

Pulang beraya...

As salam semua.

Hari raya kelima baru terhegeh nak hupdate kan. Btw, ini tahun raya pertama hingga ke tiga adalah sebelah suami. Turn en suami. Alhamdulillah tak sabo nak blk. Saya suka, saya sukaaaaaaaaaaaa.... haha. Poyo kan. Ate suka blk umah mertua. Honestly, sy suke pulang beraya. Suasana or feellll nak beraya itu segar bugar. Gitu. Malah, alhamdulillah jugak, so far saya ngan ipo duai adalah ok. Heheh. Hopefully berkekalan sehingga akhirnya, aminnn. Mudah-mudahan.

So, last day kerja, Ahad, saya sempat sms en hubby berkenaan pulang beraya. Kompem ke nak bertolak n amik cuti on Isnin tu kan. Alah 05 Ogos 2010. Sy bertanya bukan sebab xnak blk, tak, sbb sayang cuti coz cuti sy beberapa hr je lagi tggl. Haha, so notty. So, en hubby terus call rasenye ke sms, lupa ingatan dah sebb dah 3 tahun berturut² gugur je, kena bius penuh. Effect agaknya. Seriusly, ingatan mudah lupa tahap gaban.

Balasan en hubby menyatakan dengan pelbagai ayat yg menpsikokan. Katanya nak blk sebab nak berbuka dengan semua. Oklah, oklah. Jomlah, jom. Hehe. Dan jawapan saya, oklah kodeng. Hahaha. KODENG ni satu perkataan yg amat digemari oleh anak saya. Amenda ntah maksud sy pun xtau. Tapi, kalau Aisya malas nak melayan bebelan papa dan mamanya, so itulah jawapannya. Oklah, kodeng. Kakaka.

Tapiiiiiiiiiii, petang sket en hubby msg mengatakan maybe pulang lewat sket ke kampung dalam kol 10.00 atau tengahari sebab esoknya kena handle meeting. PENGSAN!. Tp, orait jugak sebab leh packing dengan tenang n dengan tido yg cukup. Cukuplah sgt, pantang masuk keta terus terbuai i. Boleh harap co-pilot mcm aku. Hahha.

Sementara tu, my parents ke KL, and otw pulang ke KT. So, dah for sure lewat sampai, i gigih ajak berbuka bersama di rumah i. Bergegas blk kerja terus plan nak masak apa. Singgah di Pasar Batu Enam n memborong seekor siakap n seekor talapia n kailan. Sempat singgah bazar membeli kuih-muih. Smpi je depan umah, my parent's dah selamat smpi. Kesian menunggu sekejap. 

Letak je handbag, terus ke dapo. Bersilat utk memasak. Sambil bersilat smbil kerling ke arah jam. Uit, dah jam 7 petang. Diorg dah pressure me. Siot. Ala² hell kitchen plak kan. Kesudahannya, sempat siapkan kailan, en hubby yg prihatin menghulur segelas air bila bedilan dah kedengaran disusuli laungan indah azan mahgrib menandakan waktu berbuka puasa. Korang rasa kan, prihatin ke romatik? Hahha. Erm, so, plan nak masak ikan siakap n ikan talapia sweet sour, menjadi. Alhamdulillah. Masak penuh kasih sayang kan. Kakkaa. Pastu disertai dengan juadah segala mak nenek hasil belian di bazar. Seb baik habis sebab ada 4 hero tolong habiskan. My dad, en hubby, dua adik lelaki. Gaggaga. Alhamdulillah, habis ko.

sweet sour


Siap makan, solat semua, tiba sesi tok wan n tokki menghadiahkan ole² kat cucu sulong dialah. I dapat selai tudung, en hubby selai bj melayu n mu daughter's sepasang peplum pink. Heheh. Tq tok wan n tokk, cik yang n cik ain sbb tolong pilih baju Aisya.

serabai dah hah. 

Then, settle semua, rehat. Diorg blk rehat. Ajak tido umah i, my mom plek x start cuti lg. Kesian. Plan, pas berbuka nak packing barang kononnya kan, sekali pengsan sampai ke saho. Haha.

Well, nnt sambung. Sambung beraya di kampung yg bebetol kampung, bertema bagai semua ipo duai i n segalanya meriah dan bermakna dengan kehadiran my beloved BFF. Wallah, terima kasih Allah swt. 

Nak update web baru jap.







Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jul 31, 2013

Lagu raya : Hari Raya kita saling bermaaf-maafan, Hari Aaaaaaaaa Ya

 As salam


Uit, posa xpenuh ada hati nak raya ye. Malu ai. Normal ok. Tersenyum.

Blk khoje semalam. Macam biasa melayan kerenah bebelan anak sambil berborak dengan en hubby. Borak punye borak sebutlah pasal lagu raya. Biasalah dah penghujung Ramadhan ni, selain berebut-rebut meningkatkan amal ibadah kadang² mood raya juga mencelah dalam tak sedar. Lagilah yang tak sabar nak balik kampung halaman. Like me. Suke. Hehe. Eh, kan org Terengganu keje pun kat Terengganu, nak balik kg mananya? Hai, dah kawen mawen ni, silalah paham. Tahun ni giliran blk umah mak mertua. Perak. Suke dan alhamdulillah sebenarnya. Sebab dapat merasai nikmat suasana balik kampung. Dapat merasai jammed di jalanan (ate kamu nape), suasana dalam jiwa tu lain tau. Pastu otw tu pun balik enjoy. Membawa bersama ole² untuk keluarga mertua. Apatah lagi dah hampir 6 tahun berkahwin, tak pernah lagi saya memasak untuk hidangan Aidilfitri. Menantu hantu. Last, buat laksam. Tapiiiiiiiiiiiiii dalam banyak² laksam yang dibuat, hanya dua je tergulung elok n tak terburai. Malewwww wey, mana nak taruk muka. Dalam periuk laksam? Aha, sila, bersila dalam periuk terus. Mujurla, kuah laksam menjadi n tip top kau. Ko hade. Nape bleh perasan tip top? Sebabbbbbbbbb, en hubby before this takleh telan laksam itu, tetiba boleh menghirup. Hah, majik tak, majik kan. Lompat tikam bintang terus. So, tahun ni nak masak apa? Nasi dagang. Nice menu. Dah tau mende tu leceh n remeh khas untuk pra amatur mcm saya ni lg mahu mencabar diri sendiri nak buat ye. Dipersilakan. Bersilatlah aku kat kampung nanti.

Pepun, semua pengguna jalanraya yg happy nak blk kampung tu termasuk saya, jgnlah terlampau happy tau. Baca doa menaiki kenderaan tu n ayat Qursi banyak². Mohon dipermudahkan dan selamatkan perjalanan kita. Yelah, yg tak enjoynya kalau berselisih dengan pemandu yang lagak macam br je start enjin kereta terus mau segera sampai. Khoje gilo. Mengalahkan pelesit bawa kereta. Slow² lah ek. 

Menyentuh pasal raya ni, saya perasan, mcm sendu je nak sambut raya ye. Hehe. Saya pun xberapa nak shopping lg. Mood takde lagi. Entah sempat ke tidak menjumpai Romadhon kelak. Sedih. Penghujung Ramadhan br berpeluang berpuasa. Alhamdulillah, nikmat Allah swt yang mana mahu kudustakan, kan. Sama² memanjatkan doa agar kita diberi peluang untuk menikmati Ramadhan Al-Mubarak kelak, amiinnn.

Saya kata sendu sebab, kebiasaannya, ade je yang dah post lagu raya kat FB, ni takde, baguslah korang. Tersenyum lagi diri ini. Hasil borak dengan en hubby semalam, en hubby sempat berkongsi video klip lagu raya dendangan band iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Hari Ra Aaaaa Ya... haha. bolehlah, santai. Hangguk-hangguk kepala. Meh, nonton meh. Kita relax jap.


 
Hari Raya kita saling bermaaf-maafan, Hari Aaaaaaaaa Ya


Till then, hati-hati di jalan raya, sentiasa baik sangka sesama kita, usahlah mengata yang diri anda sering dipersenda jika anda sendiri tidak pasti adakah benar mereka mengata tetapi sendiri pula acapkali mengata-ngata walhal disebaliknya adalah tidak.  Ewah. Hindarkan kebusukan hati. Sayangi ibu bapa anda selagi masih ada. Hargai mereka deh. 

Merepek meraban je aku.

Psss, bersungkey di mana hari ni?




 



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...