FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jul 20, 2013

Julia oh Julia

As salam.

Tak terlambat saya nak ucap Salam Romadhon Al-Mubarak. Lama x update blog since saya di'warded' almost a week.

Berkenaan kisah saya di'warded', nanti2 saya ceritakan ye. Ni saya nak cerita pasal si Julia. Julia? Ye, Julia, bukan nama sebenar. Hehe.

Sedih kisahnya dan mesti kita baca dengan penuh tawadhok.

Ini dia...





MESTI BACA!!!Cerita Yang Sangat Sedih





MESTI BACA!!!Cerita Yang Sangat Sedih| "Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera .... sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan saja, belajar pun malas, kerja pun tak mau, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah!! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar...... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "


sumber : facebook.



Ending... Alah, saya dah bacalah kak... Hehe.


Salam Terawikh...

Jun 16, 2013

Si Dia Masak

As salam semua. 

Lama tak update blog kan. Sorrylah... (bajet ramai pembaca, ihik.). Well, since lately, i am very tired n hari minggu pun my hubby ade kelas. Part time job. Takpela, cari duit lebih untuk kecemasan n utk berjimba dengan keluarga jugak kan. Mana tau leh travel jejauh sket.

So, kelmarin, sabtu, encik hubby masak. hehe. Sy sediakan bahan n just tunggu encik hubby balik je masak kan. Malas kan i. Alah, sesekali bagi dia masak. Bagi chance apa salah eh. Abang, malam ni masak lagi bleh? hehe.

 Sambal Udang Kari


 Kangkung Bersos Tiram. Aisya suke sangat. 

Selesai masak, makan n clear semua pinggan mangkuk, semua encik hubby settlekan. Mak tadah perut jek. Haha, nak manjers sket xpe kan. Terima kasih, tolong sayang masak. Sedap.

Btw, happy father's day sayang termasuk semua my bff yang bergelar dan bakal bergelar ayah, papa, baba, walid, daddy, abi n so on. To my Papa, happy father's day to. Semoga sentiasa sihat walafiat sehingga akhir hayat semuanya.















Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Apr 28, 2013

Slot Menjual, bleh : Jubah ade, Tudung ade, Blouse pun ade, mohle kite, ye

Ok As salam n wallah.



How r u doing? wahhhh, sepakang plak kita ye. Lama dah tak mengemop n menyapu my blog ni hah. Bersawang, berdebu n berlapuk dengan entry lama yang tak berupdate. Well, bila update je terus entry nak suh paksa org membeli segala jubah, blouse n tudung kan. 

So, meh lihat meh kita usha dulu.

Pattern n design boleh pilih depend on size anda lah. Pepun, meh tengok gambar dulu ye.




   All Blouse RM 60.00 including postage


My regular customer is wearing Jubah size M n Tudung pink Belachan, free size (ejaan nak omputih jugeks)


 Jubah belah kiri sebagaimana model di atas pakai ye


 Price for jubah is RM 90.00 including postage


  Price for jubah is RM 90.00 including postage. 
Alhamdulillah material sangat selesa dan tak panas.



 Tudung RM 60.00 including postage. 
Warna yang ada adalah
1. Coklat
2. Biru Muda
3. Orange
4. Green
5. Dark Blue (as below)


I am wearing dark blue color.



So, conclusion is...


Koleksi moden dan terkini...

Material : Cotton, tak panas n sangat selesa
Size : Fit to S - XXXL (depend on pattern n design)
Price for Jubah : RM 90 including postage
Price for blouse : RM 60.00 including postage
Price for Tudung : RM 60.00 including postage

Dipersilakan pilih design yang diingini n boleh request size via comment ye teman². Tq.

Happy shopping my dear...
Leh tinggalkan komen jika anda berminat untuk memilikinya ye. Tq all my dear.










Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...