Assalamualaikum semua.
Dah makan dah?
Ke baru je nak melahap. Bila dah nak masuk tengahari ni kiranya macam BRUNCH lah kan. Breakfast + Lunch equal BRUNCH. Ke masih dikira asing-asing? haha, Breakfast, breakfast. Lunch lain plak. Diet². Tak moh crash diet except if needed sgt².
Okaylah, whatever is, seperti kebiasaannya since lately, saya bangun lewat betul. Around 6.15 am and 6.30 am. Before 7.00 am dah nak cerah dah. Subuh ntah ke mana. Saya bernasib baik sebab tengah ehem² (sila pahem sendiri). So sepanjang minggu tuh akan kerah mr hubby ku bangun dulu. Sorry pak. Sementelah, saya berlingkar dulu dua tiga minit. Haha. Tak boleh blah bila tangan ni asyik nak kacau si anak yang sedap tidur. Sekarang, Aisya Qistina the only one our daughter ( setakat inilah and dah banyak kali mencuba n masih belum rezeki so berserah sahaja sebaba hanya Allah swt yang tau bila saat yang sesuai untuk kami menimang cahayamata lagi. Rindu nak mengandung) pandai mengelat. Time working days jek, puas saya kejutnya untuk bangun, mandi n bersiap, dia leh plak wat tidur je n merengek. Yang tu paling tak tahan kalau dia start merengek. Tapiiiiiiiiiiiii ye tapi bila weekend muncul (tengoklah esok, Jumaat kan) b4 subuh dah bangun dah wa cakap lu. Serious. Whatever is, papa n mamanya nak golek lebih, mintak hampunlah, nan hado!. Kecuali kalau dia in the good mood. So, main sorang² ye nak. Layanlah beruang² n segala mak nenek mainan ituh. Hehe.
Pagi tadi dalam jam 6.20 am camtuh, saya cam biasalah, kejutkan suami dengan cara menolak lembut vontotnya.
"Abang, bangunlah, subuh dah nak habis tuh, kang tak sempat karang ". Hehe, alah, orang tengah bendera jepun, so pepaham jelah. Lepas tu mr hubbyku bersila jap b4 bangun, n terus dengan perlahan saya kejutkan anak kami.
"Aisya nak g taska ngan mama ke papa?". Bisik saya lembut. Memula tuh, maybe Aisya tak berapa dengar kot. Sekali lagi saya kejut dia, terus je menjawab kemamaian, nak gi ngan mama.
" Ok, kalau nak gi ngan mama, kena bangun sekarang n mandi ngan mama. Cepat, nanti mama lambat plak ". Tau anak totet kami ni jawab ape?
Dengan mata masih terpejam n rambut ala² awan nanonya, dia selamba dot je menjawab...
" Mama, mandilah dulu... ". Saya tergamam. Terus pantas je mr hubby ku menyampuk, "Haha, sama jek". Cait, kataku dalam hati tapi still gak tak puas hati neh. "Alah, mama kenalah mintak papa mandi dulu, papa kena semayang cepat, mama takpe, takleh solat ". Kan, btol tak? Pepun, mama borek, anak rintik. Sabor jelah. Hah, that's y time anak sedang membeso ni, parents kena alert sgt dengan pelakuan memasing kan. Mudah si comel kita mengikut, meniru pe kita buat.
Biasanya, anak kami keluar skali ngan papanya untuk ke taska. Tapi, apa kena ngan anginnya ntah, kelmarin mek totet tu bangun lewat, tengok je mamanya dah siap mula cuak n menangis nak mamanya hantar ke taska. WowowoW, sori lah ye nak, mama dah lewat sngt. Gi ngan papa ye, petang i janji i fetch her. Tapi still meraung. Haih, makanya, hari ini, i bangun awal n hantar her. Tak moh mengamok² di pagi hari nan indah.
Lepas siap² santek pakai uniform (tupun nak buat perangai taknak pakai uniform tp bila dipujuk papanya yg hari ni je pakai uniform coz esoknya Jumaat adalah cuti, terus je pakai), dan i pun dah santek jugak siap, terus amik segala bag n masuk dalam kereta.
Papanya time tu masih berkain pelikat n pakai jersey t-shirt tanpa lengan ( tanpa lengan baju bukan lengan laki aku) bantu i masukkan bag ke dalam kereta. Sudah bersalam-salaman style semut, maka saya mengundurkan kereta untuk menuju ke taska.
Dalam pada mengundur kereta tu, Aisya Qistina yang berdiri di sebelah saya asyik melihat papanya menuju ke wira yang akan dipandu ke opisnyalah. Untuk panaskan enjin kot.
" Mama, papa siap dah ke ", soalnya.
" Papa siap dah? Papa belum siap lagilah. Nanti papa siaplah kot, Papa dah siap mandi je ". Saya teruskan pemanduan sambil membunyikan hon pada papanya sebagai TATA to work (ayat style novel yang mana awal²nya akan direject terus oleh distributor, ahaks).
" Mama siap dah owk? "... (perbualan anak kami masih belum lagi habis, saya dah mengangguk) n tetiba sambungnya... " Mama, tak pakai pampers kan, sebab mama dah beso owk? "... I blur. What the........ soalanlah. Haha, saya gelak. Leh plak dia tanya mcm tuh. Kekadangkan persoalan dan butir bicara anak² ni di luar jangkaan kan.
Tau kenapa tetiba je Aisya Qistina a.k.a Qisya boleh berbicara sebegitu?. Okay, sekarang ni, kat Taska diorang, bila anak² berumur 3 tahun ke atas, cikgu akan melatih semua anak² jagaan untuk tidak memakai pampers kecuali bila tiba waktu tidur. So, pepagi tu b4 ke Taska, cikgu turut suggest parents untuk tidak memakaikan pampers pada anak². Maka, bila Qisya request nak pakai pampers b4 gi taska, papanya akan bagitau yang Aisya dah besar dah, tak payahla pakai pampers. That's y lah our daughter leh plak ckp camtu. Haih.
Anda plak camne? Best gak bila dikongsikan ragam anak² ni.
So, happy weekend :).
Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥