FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Feb 7, 2011

Kisah Semasa YPM - Part 1

Ehem...

Hehe... since lately, asyik teringat teman² lama ketika study kat KYPM, Taman Shamelin. Cda, Andik, Syanur, Mieyn, Kuyah, Sue, Eizan, Fida, geng² Shikin, geng² idaman gadis Malaya yakni geng Ayub aka suami Cda such as, Lippi, Bum, Azry, Madi, Boy n seangkatan dengannya. Senang cite semua batch SSK 1999/2001 lah senang.

Persahabatan kami berterusan sehingga kini. Time dpt further diploma di kolej yang sama, kami sentiasa bergerak bersama. Wat assignment, g JJ aka jusco, ronggeng @ kl (for sure si Syanur jd tourist guide kami...hehe). Gaduh manje tu perkara biasaklah.

Nak dijadikan cerita, kami datangnya dari pelusuk negeri. Syanur boleh dikatakan dari KL lah even umah kat Shah Alam. Cda asal JB even dok Sungai Besi coz Pak Othman iaitu ayahnya bertugas sebagai polis. Andik pun JB begitu juga Eizan. Saya, Mieyn, Sue and Fida dari Terengganu. Cuma Kuyah jek dari Utara, Kedah. So, dari aspek percakapan, nak taknak saya n geng Terengganu ni mulalah terbelit lidah nak cuba menukar dialek sewaktu berbicara. Haha. Jom saya share cite.

Peristiwa 1.

Time tu saya lupa, bila datenya. Pe yang nyata ingat, saya habis kelas awal, so melepaklah depan tv melayan cerita. Waktu tu petang xsilap n kami ditempatkan di Kondominium Riverra, Ampang. Sedang asyik dok melayan, Kuyah and sebahagian geng kami pulang dalam kepenatan. So, Kuyah dengan beg galasnya datang menghampiri saya.


" Hang tengok gambaq pa Nad?", soalnya berdiri membelakangi saya. Saya tersentap. "Gambar, bila masa pulak aku tengok album gambar ni?", soal saya dalam hati. Dahi berkerut. " Gambar? gambar pe Kuyah? Bila masa plak aku tgk album gambar?". Saya bertanya dengan serius dan jelas. Cuba mencari kot² ada album gambar di sisi saya tanpa sedar. Kuyah mengeluh. Si Kuyah ni kalau start mengeluh dan bengang ngan saya, mulalah dia dok adjust² kedudukan spek mata dia tuh. Saya memandang beliau sekilas. "Tuh, hang tengok cita apa", ujarnya. Mulut menjuih ke arah peti televisyen. Saya pun apa lagi, terus tergelak sakan. Hahaha. "Kau ni Kuyah, cakaplah cerita apa, ni gambaq, mana aku paham weh!?". Haha. Jahatkan saya. Dia menggeleng and terus blah sementara saya bantai gelak. Kelakar plak bila teringat. Tu time Kuyah yang terkena. Turn saya? Hahah. Jap gi saya story mory seterusnya. Org Utara jangan marah naaa.

Peristiwa 2.

Ni antara Syanur n Mieyn. Tika itu, kami baru selesai mendaftar masuk KYPM. Syanur n Mieyn serumah. Ni kat Apartment Nuri, Pandan Indah. Rumah diorng mengadap kawasan parking. Kisahnya begini. Sesi percakapan KL pun bermula.

Mieyn : "Cantik kan cuaca petang ni".

Syanur: "Aha, tenang je aku rasa".

Mieyn : "Kenapalah diorang x tanam 'pokak-pokak' kat parking ni eak, redup lah sket. takdelah panas sangat". (eceh²)

Syanur: "Ape ko cakap tadi Mieyn?"

Mieyn : "Tak, aku kate, napelah DBKL ni x tanam
'pokak-pokak' kat depan nih. Kosong jek aku tgk".

Syanur: "La, kenapa ko sebut
'pokak-pokak' nyer. Pokok still pokok, xdenye diubah sebutan itewww".

Tettttttttttttttttt...(saat artkel ini ditulis, saya menahan perut daripada gelak. Hahaha.)

Peristiwa 3.

Kisah saya dan Kuyah. Kami mulanya bersembang seperti biasa. Then mulalah bergaduh manja and tiba saat nak mandi, Kuyah mendahului saya. Lupa dah kisah betol. Salah, maap ye geng ku tercinta.

Kuyah : "Nad, cuba hang huluq timba kat aku sat". Pohon Kuyah di sebalik pintu bilik air. Saya kat luar bilik kehairanan.

Saya : "Timba? Saat bila pulak umah kita ada perigi Kuyah weh". Laung saya.

Kuyah : "Alah, hang neh, gayunglah". Haha, saya bantai gelak lagi. Kuyah xpuas hati terus perli saya. "Hang tuh, beldi, beldi", haha, saya terus gelak. Beldi tu merujuk kepada BALDI. haha.

Saya : "At least, sebutan beldi tu still merujuk benda yang sama, xmcm ko Kuyah weh, suka sangat ubah sampai aku naik kompius. Biskut pun jadi roti, apelah. Biskut, biskutlah, roti, rotilah. haha", saya menjerit di luar toilet, tanda xpuas hati. hahah.

Lain² Peristiwa.

Ni Mr Hubby punya cerita. Ceritanya gini deh.

Tika tu, Mr Hubby study kat UiTM, Shah Alam. Maybe time tu ade group discussion. So adalah student dari utara jugak. "Dah, yang ni, nak wat lagu mana weh?", soal salah sorang dr depa beramai. Pastu, mamat yakni rakan baik Mr Hubby ku ini ni, secara spontan terus menjawab, "lagu 3 kupang....", hahaha. Semua dok ada dok bantai gelak. Xpepasai kena lekuk. Kakakak.

Ni baru sebahagian. Nnt ada lagi, saya up blk ini cerita eak. hahah.

Jan 27, 2011

Thank you for all wishes...

Terima kasih to all my lovely sibblings n dear friends yg wished me sempena my birthday last 2 days. I really appreciated that. Terharu sesangat dengan ucapan tersebut. Terima kasih kerana menganggap diri ini masih sebagai kawan, rakan mahupun sahabat anda. Begitu juga saya. Sangat berharap ikatan persahabatan kita kekal abadi. Buat teristimewa pada insan tercinta iaitu suamiku, jutaan terima kasih di atas ucapan romantis mu dan kejutan anda buat adinda. Juga pada pasangan Encik Abu Bakar dan isteri, Puan Nurhidayah sekeluarga kerana bersekongkol untuk membuat surprise pada diri saya. Terkujat. (bersekongkol yang tak tahan tuh).

Dan alhamdulillah, umur saya masih panjang untuk melihat alam fana ini. Terima kasih kupanjatkan syukur kepada Allah swt di atas kurniaanMu. Terima kasih kerana memberi peluang kepada hambaMu ini untuk bernafas dan menginsafi diri di atas perilaku yang sebelum ini terselit peel yang hina lagi jelik samada di mata hamba-hambaMu yang lain mahupun Allah Yang Maha Kaya sendiri.

Meningkat umur 30, rasa diri seakan kerdil. Sementelah melihat puteri kesayangan semakin membesar, semakin terasa dan tertanya, bilakah ajal akan menjemput. Tak dapat dibayangkan jika diri ini tiada, siapa yang akan menunjuk ajar, mendidik, menidakkan yang tidak betul dan mengiyakan yang wajar dibuat pada anakku serta paling penting Siapakah Penciptanya agar anakku tahu asal-usul dirinya supaya bijak membawa diri menjadi insan yang betul-betul berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bergenang airmata seakan terasa saat ini. Mama dan Papa sangat mengasihimu, anakku. Ku mohon Ya Allah, lindungi dan jauhi anakku dari segala duduk perkara yang tidak dingini.

Kekadang terlintas, genap 30 tahun saya di dunia ini, adakah amal ibadat saya diterima Allah dan mampukah kita menambah dan memperbaiki ibadat yang terdahulu pada masa akan datang? Paling cepat pun pada tika ini? Selama mana lagi kita diberi peluang untuk menebus segala? Saya cuba bermuhasabah diri. Terpikir dan risau. Andai ku tahu. Ya Allah, sepantas saya beristighfar. Saya takut apa yang telah saya buat sebelum ini tidak diampunkan oleh Allah. Kita dilahirkan sebagai manusia memang tidak lari daripada melakukan sekelumit dosa. Jangankan hanya sebesar kuman, apa yang terlintas di hati dan akal fikiran kita, Allah tahu segala. Usah disorok, usah berdalih dan usah cuba buruk sangka kepada Allah kerana setiap perkara yang ditakdirkan untuk hambanya ada sebabnya, ada hikmahnya. Sekadar ujian untuk diri kita sebagai hambanya. Samada mampukah kita menghadapinya, menanganinya.

Dosa sesama manusia boleh lah dimaafi sesama kita, tetapi pada mereka yang mempunyai sifat DENDAM dan BERHATI BUSUK sehingga sanggup menganggap saudara sesama Islam sebagai musuh pada saya adalah tidak wajar. Malah sanggup mengaibkan sesama sendiri sehingga habis dicanang. Sedangkan pada saya manusia sebegini seakan membuka pekung di dada sendiri. Wallahualam. Tetapi itu terpulang kepada hak individu. Sedangkan nabi ampunkan umatnya namun, saya tahu malah pernah mendengar ungkapan ini, ” Aku bukannya nabi, sesenang je nak maafkan kau”. Saya tergamam. Ada jugak manusia macam ni. Nauzubillah.

Harapan saya, semoga saya dimurahkan rezeki, keluarga yang aman bahagia, sihat tubuh badan untuk segala perbuatan dan ibadat, sentiasa kuat semangat, sabar, iman yang utuh, dijauhi segala manusia bersifat PHD, diberkati dan diampuni Allah swt jua di dalam segala perilaku saya samada di dunia mahupun akhirat, baik ataupun buruk. Amin Ya Rabbal Alamin.

Walaubagaimanapun. Saya hanya bermuhasabah diri saya sendiri. Terlalu banyak untuk diungkapkan. Terlalu banyak untuk diucapkan dan dibicarakan. Terlalu banyak untuk memohon maaf dan dimaafi. Maafkan saya jika penulisan kali ini membuatkan ada yang terguris. Sesekali tidak terniat. Sekadar mengingati.




Salam permisi.

Dia dah pandai solat

Assalamualaikum.

Ehem. Lama x ada entry baru. ni br kelapangan sket. btw, dah sarap? saya blom. makan sket pun badan mak tatap meningkat naik. fuh. naik kat vontot lak tuh. risau mak.

btw, sapa yg pandai solat tuh? my daughter lah sayang. hehe. Dia nyer video with Mr. Hubby. Gambar pun sama.

Nanti saya tayangkan yek.

Dahhhhhhhh. Back to work now.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...