FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Apr 24, 2017

UK - Dah Setahun

Assalammualaikum wbt.

Lama sangat x bersiaran. Hampir dua tahun dan dalam tak sedar dah setahun saya dan famili menetap di Aberdeen, Scotland, United Kingdom. Just kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki, ada lagi dua tahun.

Alhamdulillah, suka dan syukur diberi peluang menetap di sini. Terima kasih ALLAH SWT. Di sini dapat berjumpa n kenal ramai kawan, suasana baru, pengalaman indah, budaya yang menarik. Macam-macam.

Saya ke sini atas tanggungjawab mengikuti suami menyambung study dalam PhD dan saya diluluskan oleh Pengarah untuk Cuti Tanpa Gaji (CTG) selama tiga tahun.

Menetap di sini memberikan saya sesuatu yang baharu. Paling mengagumkan saya adalah manners masyarakat di sinilah. Dari secomel manusia kecik cute, sehinggalah yang dewasa.

Contohnya ek, di pasaraya. Asal terblock laluan dengan troli barang pun dah say sorry even laluan tu seluas alam. Sampai kita ni pun terikut sama. Time membayar setiap cashier akan tersenyum dan memberi teguran yang menceriakan. Xdelah muka masam catung sampai boleh sangkut hanger, tak hokeh. Mengantuk plak tgh syok menaip ni. Pastu korang jgn tersentap atau terguris la bila cashier wanita panggil suami mcm hye dear begitulah sebaliknya. Have nice day darling.

Mengantuk seh, esokla sambung ek.

Nunite.

Sep 14, 2016

UK - Day 1st

Assalammualaikum wbt

UK : 20:42 mlm
Padang Air : 04:45 pg

Hye guys...

Alhamdulillah secara pelan2 dapatlah sket2 family n i adapt cuaca kat sini. Skrg ni baru je berlalu Easter Week. Minggu ni jugak my daughter start sekolah dan en hubby start studynya. Lepas tu, cuti sekolah dua minggu. 

Well, seminggu duk sini, bleh plak i masak macam2. Duk kat umah kenapnalah malas berganda2. Maybe dah set mind kut ko ikut laki, so ko akan jd fully housewife. So, sila paham tugas2 as surirumah sepenuh masa. 

So, menurut perintah, rutin as tukang masak n segala tukang bermula...

Ni breakfast for 1st day we are arrived here. Nasi goreng, telur hancur n roti.

Ni pulak makan malam. Sup ayam n spinach tumis. Tak nak kalah kau, spinach tumis.

22 March, salad, nasi goreng lagi n sup ayam for breakfast.

23 March, dek kerana berpuasa ganti, tekak teringin pengat pisang. Pisang kata en hubby agak mahal, so, tanya pakcik google n i got resipi Pengat Tepung. Godek punya godek jadilah Pengat Tepung Strawberry. Yummy. Ala2 bubur chacha gitu. 


So, 25 March, birthday en hubby. No cake, no candle just bihun goreng n homemade pizza using bread. En hubby suka, Aisya suka hati gumbiraaaaa. 

Anddd... Last but not least, nasi lomak from Scotland with ❤️. Sekokleng. Gittew. Kebetulan today, 26 March, ada warehouse sale nearby our neighbourhood n plan nk gi skali ngan member en hubby iaitu Hanef n his wife, Wahida, so ajak diorg sarapan sekali. Bertambah2 they all mkn. Sukanya. 

Petang td, en hubby balik dr warehouse sale tu, he bought this chicken n dengan pemanggang ajaib yg dibawa khas dari Padang Air, maka siaplah untuk mkn malam. Bagus untuk diet. Katanyaaa... 

Taraaaa... Its done n yummy. 


So, enough for today. Next time saya sambung jika masa mengizinkan. 

Thanks for reading.


Salam dari Bumi Aberdeen...




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Mar 25, 2016

Officially...

19 March 2016

Assalammualaikum wbt

Hye guys, welcome back. Officially, family n i dah ada di Scotland, Aberdeen, UK. Alhamdulillah, everything is fine. Perancangan Allah swt memang tidak dapat dinafikan, ia adalah TERBAIK. Maha Terbaik.

Masakan tidak, one year before kisah rantauan kami bermula, tiada dalam fikiran ini untuk saya bermimpi akan bermastautin di bumi orang yang jauh dari keluarga. Yelah, meninggalkan kerjaya yang diidami, keluarga yang disayangi, harta benda yang dimiliki, semuanyalah.

If ikutkan, kami harus ke Scotland last two years, 2014. Namun banyak kali tangguh. Antaranya bila en suami kena ambil exam IELTS n xde rezeki kali pertama ambil xlepas. Dpt 6.0 per 9.0. Sket lagi tau nak lulus. Layak nak study oversea perlu 6.5 ke atas. Itu pun depend on universiti. Nak dijadikan rezeki plak, di tempat saya mencari sesuap nasi bakal menawarkan jawatan kosong di peringkat dalaman untuk gred 41, saya dengan muka ala2 shin chan memohon pada suami untuk mencuba sementara nak tunggu date untuk next IELTS exam kan. Kebetulan proses untuk ke sini banyak lagi belum settle so suami izinkan. Tak silap pada tanggal Disember 2014 camtu, saya jalani int dengan beberapa calon untuk merebut jawatan tersebut.

Alhamdulillah, pada Mei 2015 bagai dijanjikan, kekosongan jawatan itu adalah direzekikan untuk saya. Pada bulan ini juga, encik suami amik lagi sekali IELTS di KL ditemani anak tercinta dan adik kesayangan, Budin. After two weeks, alhamdulillah, IELTS encik suami lulus. Dalam pada masa yang sama, saya masih lagi dalam perhatian specialist untuk proses perolehi anak. Pada 3 Jun 2015, kami dicadangkan oleh specialist untuk jalani proses IUI. Proses tersebut berjalan dengan lancar di Hospital Sultanah Nur Zahirah oleh Doctor Nadia dan dipantau oleh Doctor Pakar iaitu Doktor Roziana dan staff nurse yang sgt, sgt dan sgt peramah dan helpfull.

Nak dijadikan rezeki, tunggu punya tunggu pabila period x kunjung tiba, dalam perasaan kedebaran yang melanda, terus gi farmasi n beli that alat urine test tu and test punya test, alhamdulillah, positif. Xsilap b4 test tu, saya siap tunggu seminggu kot. Yelah, xnak terlalu terujakan.

So, tangguh lagi sehinggalah baby selamat dilahirkan pada 06 Januari 2016. Alhamdulillah, baby boy. Adalah kakak seorang bodyguard kecik. Hehe. Pasal baby n proses IUI ni saya cite kendianlah.

Lagi seminggu nak hbs pantang, kami round Malaysia. Eceh, x round mana pun. Just gi KL n settle down visa, medical checkup n so on. Seminggu di KL, then ke Perak umah mertua, pastu ke Kulim umah kakak ipo last ke Kelantan, rumah abg ipo pastu bwk diaorng n my family jalan2 ke Kota Bharu. Gittew.  Yelah, nnt raya x blk dah kan. Sob, sob, sob.

Tggl a few weeks lagi nak berlepas, banyak brg kena clear. Kereta, satu dijual n satu lagi kasi abg ipo jaga sementara tunggu buyer. Rumah saya amanahkan adik saya Ain n Najiy n Budin tlg jaga n tengok-tengokkan.

Kelam kabut gak nak settle semua n sedar2 dah nak fly dah. So, petang Sabtu tu, flight kami.

Sayu nak tgglkan rumah. Sempat bersalaman dengan Kak Da n anak2 yakni jiran sebelah rumah. Thanks kak da tlg tengok2kan rumah.

Sampai airport, en hubby uruskan semua. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sempat adik2 kesayangan n teman rapat datang menjengah untuk mengiringi perjalanan kami. Thanks uollsss.

Sebelum berlepas, sempat kami bergambar. Tp gambar xleh upload plek. Nnt2 lah kita post.





Salam dari Bumi Aberdeen...














Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jan 28, 2016

Pantang dan jaundice

Assalammualaikum wbt

Day 23 berpantang. Lama jugak lg ni nak ke 100 hari. Kan?. Xpe, bertabahlah.

Hari ni mcm br ada keberanian sket nak makan yang berlada hitam. Bukan apa. Hari tu baby saya masih lagi kekuningan. Bajet x kuning tp nak wat camne, ada jugak. Tu pun dpt detact hari ketiga. 

Kenapa lambat baru dikesan?. Entah. Normallah kot. Keluar je dari labour room, my baby, Muhammad Fateh Hamka terus dimasukkan ke ward baby. Nafasnya laju sedikit. SepĆ njang berada di sana, alhamdulillah kondisinya ok sahaja.

Alhamdulillah Fateh adalah baby IUI kami. Semuanya tidak dijangka. Banyak prosedur n proses untuk jalani IUI. Antaranya, DNA, salasilah family, ujian darah beberapa kali, ujian sperm sehinggalah bila dah ready, maka bermula proses IUI. Secara terperinci akan saya ceritakan nanti. Keputusan untuk jalani proses IUI adalah pada tahun lepas dengan kerjasama yang sangat tip top dan mesra alam daripada kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Baik daripada cleaner sehinggalah para doktor. Semuanya sgt bagus.

Bercerita pasal pantang dan jaundice, Fateh punya jaudice dikesan pada hari ketiga tp x teruk sgt macam kakaknya sehingga 200 lebih bacaan. Risau jugak. Memula dikesan dengan bacaan 160. Esoknya bila diperiksa terus naik sehingga 220. Gulp. Terus staffnurse tanye, ibu ada makan apa2 ke kan. Mkn apa? Jamu ke, anything makanan yang panas ke. Fikir punya fikir, owh ya, i makan ikan lada hitam. No wonderlah naik mendadak.

I is risau sket if baby terkena jundice. Sebab dah baca sket2 kesan jaundice ni kan. Jika dalam masa 14 hari bacaan jaundice xde penurunan sangat, darah baby akan diambil dalam 3 botol kecik tu (sorry, nama saintifik botol saya x ingat). Makanya, dah ditakdirkan, darah Fateh telah di ambil setelah bacaan jaundice Fateh menunjukkan penurunan yang kurang memberangsangkan. Antara 8-10 je kurangnye pun. Kesian dia. So, dalam masa sebulan lagi, result akan keluar. Hopefully, semuanya baik2 sahaja. Aaamiinnn. 

Bermacam cara yang orang suggest untuk hilangkan jaundice pada baby kan. Bagi susu formulalah, anggur hitam, mandi bunga kuning, bagi susu kambing n pelbagai. Honestly saya dah cuba cuma this time, susu kambing saya x bg. Last2, saya bg full susu ibu. Tawakkal ajelah. Maybe this week nak try check kat swasta jap pe bacaan jaundice Fateh.

Oklah. Jumpa lagi.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jan 26, 2016

Kembali Bersiaran

Assalammualaikum wbt.


Hye guys, saya kembali. (Bajet ramai followers kan yg menanti post terbaru i. Hado ko?... nan hado. Ihik2). Saya kembali selepas setahun. Alhamdulillah, saya sihat2 je. Makin sihat kembali. Banyak sungguh penggunaan perkataan kembali. Ko dah kenapakan Nad.

Banyak juga ingin dikongsi. Btw, alhamdulillah, kelmarin hari kelahiran saya yg ke 17. 17 tambah 18 jadilah 35 tahun. Tua dah. Dan alhamdulillah jugak, kami dikurniakan seorang lagi cahayamata setelah 7 tahun menanti. Baby boy. Selamat dilahirkan pada 06012016 secara czer. In shaa Allah, ada masa saya akan cerita pengalaman saya yg 1st time ni bersalin secara czer. Ermmm... Santek x date?... ckp santek sekarang. Sekarang jugak. Now. Kini dan selamanya. Hahaha.

Mlm Isnin tu kan, yelah hari Ahad malam tulah, saya tgh breastfeed my son, tetiba my daughter tersengih2 datang rapat ngan papanya n ckp, mamaaaaa... happy birthday. Datang rapat bersama dua bungkus hadiah. Satu dr kekasih hati n saatu dr my lovely daughter. Apa nikan. I guest, if x jam, kofium, u know what i mean 'konfium'?. Kofium adalah perfume. Hahaha. My daughterlah ni. Diorg dah excited dah mtk i bukak that present tau. Tp, i is segan ngan my mom so i ckp, nnt mlm sket mama bukak ek. Muka memasing mcm dah... alahhh, mama ni.

Then continue tgk AJL. Semua mcm dah tido and my daughter pun dah lelap, i ckp kat encik hubby, nak bukaklah hadiah tu. Tp, syg bukak yg abg bg dulu. Esok, kakak bangun, syg bukak dia punye present depan dia. So, encik hubby amiklah n bg kat i. Dpt je, i try shake2, shake uolsss, shake2 uolss. Eh, tak. Saya kocak2 jap. Berkotak bagai. Ape ni. Encik hubby tersengih2. I pun bukaklah pelan. Syg ngan pembalutnya yg santek. Warna pink n princess theme gitu.

Banyak sgt disalotapekanye. So, bukak pelan2, dan i nmpak warna putih n lambang apple. Hamboiii, sempat lagi cari kotak apple nak letak hadiah kan. Apa ni. Beliau tersengih lagi. Sorrylah, abg sempat beli perfume je. I pun ok jelah kan. Pe dehal. Yg penting, ingatan tu. Then, bukak hbs. Mencabar betul nak bukak hadiah. Bukak je habis, i mcm tergamam. Eh, mmg kotak apple pun. Alah, bukan kotak buah apple, kotak ipong. I ingat kotak ipong lama tp mcm pelik plak sbb beso dr ipong 5 kan.

Terdetik dalam hati, takkan laki aku nk bg ipong 6 kot. Pe lg 6 plus. Honestly, i mmg x terjangka dan terfikir langsung pun. Habis balutan dibuka, i speechless. Nak happy ke nak nangis ke nak melonjak ke nak apa. Nak lempang? Korang rase? Melonjak lah ko tgh pantang. Sebijik lepokan manja di bahu encik hubby. Bukan terima kasih aku ckp, tapiii, mahal kot?... hahahha. Hampeh btol. Satu kucupan singgah di pipi beliau. #lempangsedas.

Alhamdulillah... thanks abg. Mwahhh. Thanks a lot Allah swt. Katanya, kakak suh bg kat mamanya phone baru. Owh yeke, xpe, next birthday, i bisik awal2 kat kakak n suh papa belikan Range Rover ek. Warna pink or kuning. Hahaha. Sure gugur terus rambut.

Taraaa...





Yang benar, benar dan benar-benar, benar...

♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Nov 21, 2014

Muncul kembali bersama Ubi

Assalamualaikum wbt...

Haiiiii. Sihat? Alhamdulillah sy sihat. Lama x expose kat my blog. Almost 5 months. Sibuk dgn tugasan pejabat. Time cuti je sempat curi masa sket. Lagilah time hujan2 rahmat ni. Leh relax2 kat umah. Layan anak n jd surirumah sepenuh masa.

Bertambah n berganda alhamdulillah sbb hari ini mentari muncul kembali. Subhanallah.  

Mudah-mudahan surut kembali air di sekitar pantai timur ni.

Bila bah menjelma, masing-masing sibuk menyebarkan maklumat banjir sana sini. Samada melalui aplikasi fb, twitter, insta mahupun WA. Kadang2 maklumat berulang. No hal la kan, asal sebaran itu mmg berguna utk kita. Be positive. 

Well, musim hujan ni, pe yg leh dibuat, kain xbanyak perlu dilipat. Ini amat menyeronokkan. Hahaha. Tp, mata yg kembali berlipat sbb kain byk berlonggok x leh basuh nnt basuh lembab plak. Terus pk alternatif nak pasang tali jdkan sidaian dlm rumah bermentarikan kipas. 

Itu soal kain, pasal mkn. Hehe. Ni paling best. Bila hujan je, mulut nak mengunyah aje. Masa ni lah terima roti kayu balak yg keras tu cicah air kupi. Paling best roti keras yg bergula tu. Perghhh... Dap2.  Baru2, ni encik hubby requested ubi kayu rebus cicah kelapa n sira ubi. Allahu. Lupa dah nak wat camne. Tp, nak seribu dayakan, xnak banyak je alasan. So, just tanye pakcik google la n rakan seperjuangan. Maka, ini hasilnya... 

Ubi Bersira Gula Melaka... Requested dr En Hubby.



Jemput ye. 

Ubi rebus kosong xsempat diselamatkan. Hehe. So, cik abg makan jelah ek, ubi bersira cicah kelapa. Sedap n dia suka. Kikiki. 




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

~ Nad Bimbo ~

May 17, 2014

Bila Mendung

Assalamualaikum wbt

Hari kelmarin seharian panas... Hr ni seharian mendung. Mendung yang tak semestinya hujan walaupun guruh sedikit kedengaran.

Bila mendung,
Hati seakan sayu kan

Bila mendung,
Banyak pula kenangan yang pernah kita lalui menggamit di jiwa
Tiada limit bila disebut kenangan
Kenangan bersama kawan, teman, sahabat, familia juga mungkin?

Bila mendung,
Teringat saat bergelar student, 
Tiada kenaikan hanya kudrat kaki melangkah ikhlas menuju ke kelas
Jika hujan renyai, berlari anak bergegas masuk perkarangan kolej
Nasib baik, dapat tembus ikut gate kecik belakang,
Jika tidak, sempat lencun dulu utk lalui pintu utama
Demi segenggam ilmu

Bila mendung,
Hati semakin sayu,
Sayu sehingga mata layu,
Oh tidak, bukan ingin beradu,
Tapi mungkin utk koya je dulu...

Oklah...
Sekian bila mendung dari aku

Nur Nad


May 15, 2014

"One Moment In Time"

Assalamualaikum wbt...

"One Moment In Time"

Each day I live
I want to be
A day to give
The best of me
I'm only one
But not alone
My finest day
Is yet unknown

I broke my heart
Fought every gain
To taste the sweet
I face the pain
I rise and fall
Yet through it all
This much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

I've lived to be
The very best
I want it all
No time for less
I've laid the plans
Now lay the chance
Here in my hands

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be
I will be
I will be free
I will be
I will be free 


Yup, just one moment in time....

Bak kata Beto " saya tak mintak peluang kedua, saya cuma mintak satu je peluang"
Ewah...


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Apr 22, 2014

Kisah Nak Tanam Bunga RAFFLESIA

Assalamualaikum wbt semua...

Ada satu kisah di satu malam sebelum beradu...

Malam td

Me : nnt dpt gaji nak belilah pokok kemboja (tggu gaji tu, tak tahan). Nak tanam antara pokok2 buah. Warna putih, marroon, merah jambu, kuning... 

En Hubby : bunga kubur tu

Me : herm, merepek dah. Ni sapa penakut skrg ni?

En Hubby : tak adalahhhh (nada dah kengantokkan sgt dah beliau ni)

Me : keliling pago tu tanam pokok bunga kertas ok gak.

En Hubby : pokok bunga kertas senang gak nak tumbuh

Me : tulah,  Da (member opis) nak tanam pokok bunga raya. Warna merah ada, kuning ada, oren ada, putih pun. Keliling rumah. If kita tanam pokok jarum tu ok gak. Yg kita leh mkn madu dia tu. Lupa dah nama. Selang-seli. Merah, kuning.

En Hubby : ok gak (sampai ke ceroh, ok gak, ok gak khennn)

Me : kepala i dah imagine2 dah. Kewarna-warnian pokok di laman rumah.

Tetiba...

En Hubby : pokok ni taknak tanam?

Me : pokok apa

En Hubby : bunga RAFFLESIA

(-_-) Zzzzzz krohhh


Boleh??!!!

Apr 14, 2014

Bila HATI Dah Tawar... Heber

HATI tu mcm dah tawar heber

Ku gaul HATI itu,
Gaul sebati, gaul sekata,
Pelan2 agar HATI tu x kembali rosak,
Ku perasakan HATI itu,
HATI itu ku biarkan masak,
Biar betul2 masak,
Tapi bila dah masak,
Ada yg xsempurna masaknya,
Baru nak sempurna, ada je yang tak kena,
Di sebalik HATI itu,
Tak cukup rasalah,
Rasa tak yakinlah dengan HATI itu,
Wajar was-was dengan rasa HATI?
Itu, perlu...
Dah lama x makan HATI,
Sekali dah termakan HATI, memang akan terasa HATI, sampai bila-bila,
Atau aku memang tak suka makan HATI atau memang dah lama xmakan HATI,
Akhirnya HATI itu dah terasa,
Mau dibaikpulihkah HATI ini?
Huh, usahlah, sebab dah tawar dah HATI ini
Cuma tak pasti...
Adakah rasa HATI itu sempurna atau terasa kosong,
Kosong sehingga tiada nilai yang hendak dinilaikan...
Sehingga menyebabkan jiwa kosong sebab HATI itu kini sudah tiada rasa, yg tinggal hanya rasa HATI yang macam dah tawar heber...








Sekian... nukilan dari HATI Nad

#hatiayam?
#hatilembu?
#hatimanusia?
#aptb
#kenapa, ada yang tak puas HATI?










Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Mar 13, 2014

Pot pet Aisya 1 - Duit 50 posen

Assalamualaikum wbt semua

Orait. Ptg ni, Khamis biasa 330 ptg we olls dah pulang tp ptg ni dek kerja bnyk maka sy nk blk lewat sket. Settled pe yg patot dulu.

Lebih kurang keje mcm dah leh cover up so slow2 kemas pe yg patot utk pulang. 

Around 430++ tu, terdetik nak called my bff. Tgh syok berborak, Aisya menghampiri saya.

"Mama, camne nak main geng (game) ni",ngomel si anak. Saya sempat mencelah even tgh berborak.
"Game ni, kalau Aisya nak terus main kena bayola syg..." (us dolar kot).
"La, mama amiklah duit ni masuk dlm handset ni"
Dengan muka penuh pengharapan, Aisya berharap dgn duit 50 posen tu game tu dpt diteruskan ke level seterusnya.

Memula i is weird. Kenapa dgn duit tu. Blank jap. I terus jeling game yg Aisya nak main, andddd time tu jugak gelak aku meledak. Tersipu2 anak i.

Haih, mama sapalah gelak xhengat dunia.

Hermmm, bijak jugak sel2 otak anak i berhubung, jauh beno pemikirannya. Tak ponah eh den terpikir nak lunas byrn bil tepon terus via handset.

Kan senang!

Dang!

Mar 7, 2014

Resepi Roti Madu Bergoreng, ada ke?

Hye assalamualaikum semua.

Bersempena pagi Jumaat nan indah ini, sy mengisytiharkan bahawasanya saya adalah surirumah bermula hari ini. Hehehe. Bermula hari esok saya kembali bekerja. Muahaaaha.

Wokeh. Dek kerana diet, sy pk mkn je mkn je pe yg ada. Tp under control. Diet tu bg sesetengah manusia yg entah hape-hape akan beranggapan diet adalah tak makan. Mana boleh. Salah dah pemahaman diet di situ. Kerna, diet tersebut boleh dipanggil DIET NAK MAMPUS namanya. 

Diet ni maksudnya mengawal pemakanan. Kira kalori semua dengan bantuan senaman yg cukup. 1/2 jam sehari utk 4x seminggu ok dah. Jiwa kena kental dan jitu. Sebab kenapa kena kental n jitu? Sebab kena tahan nafsu n air liur dr keluar meleleh setelah melihat ketulan ayam kfc, beger yg kini makin gedabak n so on. Cukuplah anda mahu mengistilahkan dari aspek kedalaman maksudnya diet yg bagaimana bg diri anda. 

Soooo, makanya, this morning sy dah siapkan roti telur. Biasanya jika sy dlm proses penyediaan makanan, sy akan utamakan perut my daughter dulu, Aisya n then br encik suami. Itu permintaan en suami sy ye bkn keputusan sy sorg. Ewah. So jgn nak mengomen x pedaslah apalah ek. Hahaha. Nak pedas sy sediakan lada. 

Td, tengok ada telur, and teringat ada sebuku roti. Smpi dapur tgk2 tggl separuh je roti. Mana lg baki roti, ek? Dah, nyanyuk. Lupa ek rabu hr tu ko bwk sandwich ke opis? Lupa? 

So, kena just move on dengan apa yg ada. Amik roti potong segitiga kecik. Then pecahkan dua biji telur n tabur lada sulah ikut rasa dan kacau. N then celup roti ke dalam telur dan goreng garing. 

Syok menggoreng tgk telur dah habis. Tgk atas peti ais ada baki dua biji telur. Try pecahkan tp kondisi telur xmencantikkan keadaan. Lupa nak masukkan telur dlm peti ais. So buang saje. 

Camne ek nak buat. Kepala berputar. Tgk ada madu tualang n apa lagi.

Amik saki baki roti yg dah siap di segitiga kan, tabur lada sulah n curah madu seenak sesukanya. Gaul sebati dan goreng garing. 

Hasilnyaaaa. Ya Allah sedap plak. Krup krap. Sedap dr roti yg dah dicelup telur td. Lompat bintang mkn. Anak suka. Hubby pun sukaaaaa. Hoyeeee. 

Haaa, pic di atas roti madu yg dah siap digoreng.

Aha, yg ni plak roti yg dicelup telur siap digoreng.

Hasil kedua-duanya.

Ada soalan? Apa dia? Owww, if takde madu camne nak buat? Ermmm, senang aje, ko ngap je saki baki roti yg ada tu. Hahah. 

Whatever is, cubalah. Rangup tau. 

Diet tp mkn mende goreng pekehal? Just mkn 1-3 suap. Oklah. Lepas hawa. Ayat org ganu.

Tata. 

Mar 6, 2014

Many Thanks Nuffnang and Nestle too...

Assalamualaikum wbt.

Hye Awak. Adeh, macam bercinta plak. Lepas hye² terus labuhkan vontot mendepani kita kan. Pastu main² mata kasi gelabah. Eceh, anak if ikutkan dah lima nak bercinta hapenya. Lempang kang.

Wokeh, whatever is, dengan rasa rendah diri dan bersyukur ke hadrat Allah swt, saya mengucapkan jutaan, and sangat² berterima kasih kepada Nuffnang Team sebab pilih saya dan rakan-rakan blogger yang lain untuk wat entry berkenaan Nestle Natural Set Yogurt.

Di bawah entry resepi yang telah saya cuba dan masak. Nak try boleh taknak try pun xpe. Tp, jgnlah mengutuk, sy insan baru belajar :). Resepi pun main ikut dan n campak² aje.
  1. Udang Sambal Nestle Natural Set Yogurt
  2. Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)
Dannnnnn, alhamdulillah juga, Nestle dan Nuffnang menghulur sumbangan hadiah setelah kebaikan produk Nestle Natural Set Yogurt telah saya ceritakan pada entry di atas. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi dapatlah kita sama² merasa.

Ini adalah 1st time saya terima n tak banyak tp cukuplah rasa diri dihargai n terima kasih sekali lagi to Nuffnang and Nestle. Kita kasi tambah and kumpul dulu ye. Love u much more. Ewah.





Okaylah, nak wat keje dah. tata.

Oh ye, thanks sudi baca entry ini.

Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
(',')c")
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Feb 21, 2014

2014

Assalamualaikum wbt

Sihat ke uolllsss. Erm, Feb dah nak hbs I br terhegeh2 nak hupdate pasal tahun baru. Hermmm. Keje hakiki and arahan dr semasa ke semasa kena dipenuhi dan diselesaikan sesegera mungkin, so sudah jd tanggungjawab maka perlulah ditunaikan sebaik mungkin. So, ini cerita 2014 saya.

Bermula Jan 2014.

Hantar anak.
Rutin menghantar anak ke sekolah menjadi hak mutlak sy. Hehe. Dek kerana kelas my daughter starting on 745am, so nak taknak sy kena bangun awal utk siap segala keperluan. Dari siapkan diri sehinggalah anak n sarapan pagi semua tu. Last 3 years, hubby I yg amik peranan ni. Tp, bila sekolah lama takat tahap tu je, so we olll decide, amik sekolah yg berhampiran I since fakulti hubby I kena dipindahkan. Mujurlah, hubby I tlg ringankn beban siapkan Aisya. I just tocangkan rmbut n pakaikan tudung sbb part ni my hubby x lulus lg.

One week b4, I dah practisekan my daughter utk tido seawal mungkin. Komang2 pun dlm 10 mlm kena tidur dah termasuk I. Umah dr opis I n sekolah dia kurang lebih 1/2 jam lah. If merempit bolehlah dlm 15 - 20 minit. Gitu. Tak cukup tido, Aisya akan bad mood sepanjang jalan. Aku pantang bebeno if pepagi dah wat hal, ada yang bertukar wolf terus nntkan. Rimau ke harimau ke dah lari dulu ke laut. Betapa ganasnya. Ganas sgt tp penakut pahit.

Secara x langsung, we ollls dah disiplinkan Aisya utk tido n bgn awal. Agar cukup 8 jam. Bagus utk perkembangan minda dan pembesaran budak. Kita pun sama. Bnyk kalori hilang jika tidur cukup 8 jam. Iye ke tidok, silalah Google ye.

Gosok jgn tak gosok
Segala keperluan bekerja seperti pakaian harian kerja dari my baju sehinggalah tudung i, baju hubby I and my daughter tu semua I dah siapkan awal. Samada Jumaat mlm tu I dah bereskan utk gosok semua baju or sabtu pg atau sabtu mlm. Depend on tahap kerajinan i. Gosok dalam 15 pasang semuanya. Sgt gigih demi penjimatan masa agar tidak kelewatan di pagi hari. Kelam kelibut tau if lewat. Tak shuke.

Siap siaga
Tiba time kerja, mlm tu i dah siapkan beg Aisya. Buku semua ada ke, lengkap ke alatulis semua. Mula2 ke sekolah, tambahan alatulis no hal lagilah. Semua ikut piawaian lagilah. Tapiiii bila dah ada kawan n dah pandai nak tarik perhatian kawan, segala mcm mak nenek kalau boleh nk dibawa.

Terbaru yg Aisya cuba bwk, resit bengkel kereta, mp3 utk kereta tulah, tp yg dah rosak punye, gunting utk design card yg mata gunting pelbagai bentuk tu n bermcm lagilah. Fuh, nasib I double checked. Before pass beg dia ke dlm kelas pun I spot checked lg.

Merempit
Paling komang kena keluar dr rumah dlm jam 7.10 @ 7.15. If lewat je siket, teruslah I pecut. Terkumat-kamit mulut berdoa mtk dipermudahkan perjalanan dari-Nya. Takutttt. Tak silap, last week ke last two weeks, terkantoi kot. I lalu kot jln kg n akan tembus jln utama. Sekali bila dah masuk jln utama tu, yg followed I, my dad kau. I is tak perasan. Clichey sgt bunyinye kan. Bila si ayah dah perasan, hon n kasi lampu I dah xnmpk dah. Syok je I drive. Zup, zap, zip, zap wat style zig zag, koya hebakkk. Risau Aisya lmbt. Keselamatan anak ttp pk tp tulah, bila nk cpt, ade je n terserempak je yg bwk keta kalah org bercinta, ko ingat tepi beach nak santai bagai? 40 km sejam. Sedih tau, sedih!. Huh. Pklah siket, an, an. Smpi umah, my hubby dah sindir2. Kuikui. Sorry boss. Nnt dpt lesen biker kental, kita cilok. Kental konon, nak tongkat moto pun xlepas2, hade hati.

Mata dah berpinor2, nguap pun dah so masuk tido dululah. Hrp cuti je esok. If tak, lepas Isyak terus bambam, tido,

Ngntok sgt dah ni. Nnt smbg ye. Nite uollsss.

Jan 20, 2014

Saat Ini...

Assalamualaikum wbt n hye...

Hanya itu mampu kuucapkan tika ini
Kepala berpusing dari semalam
Tuntutan kerja semakin kian mencengkam
Sanubari, dan ia perlu dibereskan

Love struck me down...
#Tetiba...
Peneman tika ligat kepala berputar
Cuba menyelesai pemasalahan php ini
Lirik dan melodi mengusik diri

Fuh, kenapa wehhh
Sesaat...

Aku lost...
Amenda lah aku meraban weh...

Payah benor nok edit php nih
Bakpe tau dok leh...

Syuhhh, syuhhh nyah kau dr sini wahai kenangan
Tak payah menempel di benakku bila dirimu tak diperlukan

Saat ini
Berkumandang "I Just Called To Say I Love You"












Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Dec 20, 2013

Sponsored Post Opportunity : Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)

  Sponsored Post Opportunity

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera uollsss...

Btw, sorry to Nuffnang sbb sgt lewat utk post the new entry pasal Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP). Malah sangat berterima kasih sebab pilih my resepi untuk ke peringkat seterusnya.

Orait, tanpa membuang masa saya pilih untuk kongsikan resepi baru saya yang tak seberapa bagi menyahut Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP) . Fuh, sepanjang minggu sebelum dateline tiba saya mencuba pelbagai resepi menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Dalam kepala dok pk akan pe yang harus dibuat. Search punya search, ramai yang post pelbagai resepi dalam satu entry menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Pastikan anda semua menggunakan Nestle Natural Set Yogurt yang paling hot skali skrg ni ek. Paling latest. Mcm picca di bawah ye.

http://blog.nuffnang.com.my/wp-content/uploads/2013/12/2012UpdateNatural-Yogurt-470-New.jpg 

So, saya cuma ada 4 ya empat resepi untuk dikongsikan. Iaitu :-
  1. Jemput-jemput Labu Beryogurt
  2. Lokan Masak Lemak Cili Padi Nestle Natural Set Yogurt
  3. Murtabak Maggi dengan Nestle Natural Set Yogurt
  4. Udang Harimau Goreng Bawang bersama Nestle Natural Set Yogurt
Bahan-bahan dan Cara membuatnya kita pergi satu - persatu ye.

Resepi 1 : Jemput-jemput Labu Beryogurt

Bahan-bahannya:-
  • 1 biji labu (pumpkin) bersaiz sederhana kecil
  • Air untuk merebus labu (sila bajet untuk tenggelamkan itu labu ye anak-anak)
  • 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • Tepung gandum (boleh anggar jika anda suka jemput-jemput lembik/lembut or yang sedang-sedang aja)
  • 2 sudu besar gula (perasakan jika perlu)
  • Sedikit garam (optional)
Cara membuatnya :-




  •  Rebus labu sehingga empuk (sorry no picca)
  • Kemudian lenyek sebagaimana gambar di atas. 
  • Selepas sebati labu itu dilenyek, masukkan tepung gandum dan gaul sebati bagi rata.


 
  • Santekkan bila dah digaul rata? (refer picca kiri sekali di atas)
  • Selepas itu, masukkan gula dan Nestle Natural Set Yogurt . Gaul sebati.

 
  • Sila refer gambar di atas yang paling kiri. Lihatlah dunia, sangat cantik hasil labu lenyek setelah dimasukkan dengan Nestle Natural Set Yogurt . My daughter pun boleh telan sebegitu sahaja. Sedap mama, sedap. Nak lagi. Katanya. Sesuai sangat untuk baby tau.
  • Selepas itu, sebatikan dengan tepung jika adunan sangat lembik. Tak perlu sampai adunan jadi kental nnt tak feel nak makan.
  • Kemudian, bolehlah digoreng sebagaimana anda menggoreng jemput-jemput pisang or cekodok bawang ye.

 
Taraaaaaaaaaaaaaaa... siapppp. Sedap weh. Apa yang penting, hubby i yang xmakan jemput-jemput labu boleh habiskan. Lomak berkrim sangat. Nak lagi katanya. Hehe.


Yang ni saya bekalkan untuk my daughter n for me skali. Bagi kawan-kawan rasa. Jgn lupa mencuba ye.



Resepi 2 : Lokan Masak Lemak Cili Padi Nestle Natural Set Yogurt

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 kilo lokan
  • 1/2 kilo santan
  • 1 biji nanas (saiz sederhana kecil)
  • 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 1 helai daun kunyit yang diracik halus
  • 2 biji lada besar yang telah dibuang biji (optional)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk :-
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji bawang merah jantan
  • Segenggam cili padi (boleh letak banyak jika suka pedas)

Cara membuatnya :-


 
  •  Kupas nanas dan buang mata-mata nanas yang tajam tu sebab for me nnt bila nak makan menyemakkan.
  • Bersihkan lokan dan rendam lokan dengan garam. Sila anggarkan sebanyak mana garam yang diperlukan. Saya guna dalam2-3 sudu kecil garam untuk rendamkan lokan bukan letak dalam masakan ye.
 
  
  • Amik bahan tumbuk dan tumbuk sekaligus sehingga lumat.

  • Masukkan santan ke dalam periuk
  • Masukkan pula bahan yang telah ditumbuk

  • Kemudian masukkan serai, dan Nestle Natural Set Yogurt ke dalam santan
  • Kacau sebati sehingga santan menggelegak.
  • Perasakan garam dan gula jika perlu
  • Masukkan nanas
  • Boleh masukkan lokan dan kacau rata

  • Masukkan daun kunyit yang telah diracik halus dan masukkan lada besar jika suka
  • Bagi memastikan lokan sudah cukup masak atau belum, senang sahaja iaitu pastikan lokan mulutnya terbuka luas terkangkang ye and then bolehlah dihidangkan kepada keluarga.

 
 Jeng-jeng... siapppp. Makan ngan roti n nasi panas ala lembik gitu sodap. Selamat mencuba. Pedas weh.


Resepi 3 : Murtabak Maggi dengan Nestle Natural Set Yogurt   

Bahan-bahannya :-
  • 5 bungkus MAGGI Perisa Kari
  • Air untuk merebus
  • 4-5 ketul isi ayam
  • 4 batang sosej
  • 4 - 5 ketul tempura nugget 
  • Sayur campur
  • Perencah Kari MAGGI
  • 1 1/2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • 3 biji telur 
  • Keju Parmesan jika suka
  • Daun sup yang dipotong halus dalam 1/2 inci
  • 1 sudu kecil perencah Pati Ikan Bilis
  • Serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menumis
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika suka
  • Sos Cili
  • Mayonis 1000 Island
 Bahan Tumbuk :-
  • 1labu bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara membuatnya :-
 


  
  •  Rebus 5 bungkus MAGGI. Agak-agak dah kembang, boleh angkat dan toskan dan biar sehingga kering air

  
 
  •  Amik bahan tumbuk dan tumbuk sekaligus sehingga lumat.

 
  • Kemudian, potong sosej dan nugget tempura sebagaimana gambar paling kanan di atas 

 
  •  Then, ambil isi ayam yang telah dipotong kecil.
  • Lepas tu, campurkan sekali isi sosej, isi nugget tempura dan isi ayam di dalam satu bekas/mangkuk
  • Masukkan 1 sudu setengah besar Nestle Natural Set Yogurt dan satu paket perencah MAGGI Kari di dalam bekas/mangkuk yang sama sebagaimana gambar di atas.
  • Gaul rata bersama. Tukar bekas/mangkuk jika nak gaul pun rasa agak terbatas ye puan-puan.
  • Masukkan sayur campur. Gaul rata lagi.
  • Perasakan gula dan garam ye
  • Dan biarkan seketika. Kita anggap ini adalah BAHAN YANG TELAH DIGAUL ye.

 
  • Sesi menumis. Puan-puan, ambil bahan yang telah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau sehingga meresap ke baju-baju kerjaan yang telah cantik digosok. Perfume asli gitu.
  • Masukkan perencah Pati Ikan Bilis dan lada sulah


 
  • Setelah naik bau dan pecah segala minyak, ambil BAHAN YANG TELAH DIGAUL tadi dan tumis bersama.
  • Selepas beberapa minit, masukkan daun sup dan gaul rata sehingga sekata
  • Cukup rasa segala mak nenek, boleh tutup api dapo.


 
  • Ambil MAGGI yang telah ditos tadi dan masukkan ke dalam satu mangkuk yang besar
  • Ambil bahan yang telah siap ditumis dan gaul bersama MAGGI tersebut
  • Setelah bahan digaul sebati, pecah ruyung manakan dapat sagunya, eh, silap, pecahkan 3 biji telur dan masukkan ke dalam bahan MAGGI yang telah digaul itulah. Jadilah murtabak MAGGI. Hish, kamu ni, penat mak menaip tau. Dahlah tgh menaip Nuffnang called i. Cemas mak nak.
  • Telur ni just taknak bagi murtabak MAGGI ni terlerai bila menggoreng atau bakar. Ada yang guna tepung jagung, orait gak.

 
  • After that, siap cantek MAGGI tu, so bolehlah digoreng. I guna alat yang nak wat benjol eh benjo tu. Alah, "abang, burger benjo satu!". hah, gitu. 
  • I used that thing lah nak kasi cantik murtabak MAGGI i.
  • Nak bako pun voley.


  • Ini keju parmesan. Sebeno-benonya, i silap suh hubby i beli. Patutnya if nak bake or fry tak digalakkan sangat guna keju ni sebabnya bila i guna, habis melekat kat kuali i. Maybe if uollss nak try bake tak melekat kot sebab tak perlu ditunggang terbalikkan ini murtabak, right?

Fuh, selesai tiga resepi. Ada satu lagu. Sat naaa. Mak, fenin. Hasil murtabak MAGGI ni, jap eh. Jap tau.

Wallahhhh... ok tak, ok tak? Ok ek. 

Alhamdulillah, murtabak MAGGI ni dapat dihasilkan dalam 19-20 biji. Hiasan kat atas murtabak MAGGI tu adalah sos cili dan Mayonis 1000 island aje. Nnt cuba deh. Wat minum petang yang indah utk family.


Last but not least...

Resepi 4 : Udang Harimau Goreng Bawang bersama Nestle Natural Set Yogurt 

Bahan-bahannya :-
  • 1 ekor udang harimau (mahal weh, lari bajet untuk this challenge, xpe uolls guna udang kecil comey pun hokey tau)
  • 1 labu bawang besar yang dimayang bulat
  • 1 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • 1 biji cili merah yang dipotong senget menyenggeng
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng
  • Serbuk lada sulah
  • perencah Pati Ikan Bilis
  • Garam jika perlu dan suka. Senang cite optional lah.
Cara membuatnya :-

 
  • 1 ekor udang yang telag dibasuh bersih dan direndam dengan air garam. I guna garam sebab asam jawa tak dok, paham ek tak dok.
 
  • Potong udang dalam tiga atau 2 bahagian sebelum digoreng.
  • Goreng udang sebegitu sahaja. Boleh juga gaul udang bersama serbuk kunyit dan garam jika anda gemarkannya. 
  • Sekejap je gorengnya sebab udang cepat masak.

 
  • Tumis bawang besar bersama daun kari dan lada besar.
  • Masukkan perencah Pati Ikan Bilis dan lada sulah
  • Tumis sehingga naik bau

  • Masukkan 1 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • Kacau dan gaul rata sehingga sebati
  • Masukkan udang yang telah digoreng
  • Goreng dalam beberapa minit dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

 

Jemputsssssssssss. Ini permintaan khas dari incik suami mak. Dimakan begitu sahaja. Pastinya dengan Nestle Natural Set Yogurt , selera menjadi-jadi. Dengan lemak aslinya, perghhh, menambat selera sesiapa sahaja. Cubalah ke semua resepi di atas.


Tata, wish me luck. I nak rehat jap n nak angkat kain.



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...