FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Dec 20, 2013

Sponsored Post Opportunity : Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)

  Sponsored Post Opportunity

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera uollsss...

Btw, sorry to Nuffnang sbb sgt lewat utk post the new entry pasal Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP). Malah sangat berterima kasih sebab pilih my resepi untuk ke peringkat seterusnya.

Orait, tanpa membuang masa saya pilih untuk kongsikan resepi baru saya yang tak seberapa bagi menyahut Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP) . Fuh, sepanjang minggu sebelum dateline tiba saya mencuba pelbagai resepi menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Dalam kepala dok pk akan pe yang harus dibuat. Search punya search, ramai yang post pelbagai resepi dalam satu entry menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Pastikan anda semua menggunakan Nestle Natural Set Yogurt yang paling hot skali skrg ni ek. Paling latest. Mcm picca di bawah ye.

http://blog.nuffnang.com.my/wp-content/uploads/2013/12/2012UpdateNatural-Yogurt-470-New.jpg 

So, saya cuma ada 4 ya empat resepi untuk dikongsikan. Iaitu :-
  1. Jemput-jemput Labu Beryogurt
  2. Lokan Masak Lemak Cili Padi Nestle Natural Set Yogurt
  3. Murtabak Maggi dengan Nestle Natural Set Yogurt
  4. Udang Harimau Goreng Bawang bersama Nestle Natural Set Yogurt
Bahan-bahan dan Cara membuatnya kita pergi satu - persatu ye.

Resepi 1 : Jemput-jemput Labu Beryogurt

Bahan-bahannya:-
  • 1 biji labu (pumpkin) bersaiz sederhana kecil
  • Air untuk merebus labu (sila bajet untuk tenggelamkan itu labu ye anak-anak)
  • 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • Tepung gandum (boleh anggar jika anda suka jemput-jemput lembik/lembut or yang sedang-sedang aja)
  • 2 sudu besar gula (perasakan jika perlu)
  • Sedikit garam (optional)
Cara membuatnya :-




  •  Rebus labu sehingga empuk (sorry no picca)
  • Kemudian lenyek sebagaimana gambar di atas. 
  • Selepas sebati labu itu dilenyek, masukkan tepung gandum dan gaul sebati bagi rata.


 
  • Santekkan bila dah digaul rata? (refer picca kiri sekali di atas)
  • Selepas itu, masukkan gula dan Nestle Natural Set Yogurt . Gaul sebati.

 
  • Sila refer gambar di atas yang paling kiri. Lihatlah dunia, sangat cantik hasil labu lenyek setelah dimasukkan dengan Nestle Natural Set Yogurt . My daughter pun boleh telan sebegitu sahaja. Sedap mama, sedap. Nak lagi. Katanya. Sesuai sangat untuk baby tau.
  • Selepas itu, sebatikan dengan tepung jika adunan sangat lembik. Tak perlu sampai adunan jadi kental nnt tak feel nak makan.
  • Kemudian, bolehlah digoreng sebagaimana anda menggoreng jemput-jemput pisang or cekodok bawang ye.

 
Taraaaaaaaaaaaaaaa... siapppp. Sedap weh. Apa yang penting, hubby i yang xmakan jemput-jemput labu boleh habiskan. Lomak berkrim sangat. Nak lagi katanya. Hehe.


Yang ni saya bekalkan untuk my daughter n for me skali. Bagi kawan-kawan rasa. Jgn lupa mencuba ye.



Resepi 2 : Lokan Masak Lemak Cili Padi Nestle Natural Set Yogurt

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 kilo lokan
  • 1/2 kilo santan
  • 1 biji nanas (saiz sederhana kecil)
  • 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 1 helai daun kunyit yang diracik halus
  • 2 biji lada besar yang telah dibuang biji (optional)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk :-
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji bawang merah jantan
  • Segenggam cili padi (boleh letak banyak jika suka pedas)

Cara membuatnya :-


 
  •  Kupas nanas dan buang mata-mata nanas yang tajam tu sebab for me nnt bila nak makan menyemakkan.
  • Bersihkan lokan dan rendam lokan dengan garam. Sila anggarkan sebanyak mana garam yang diperlukan. Saya guna dalam2-3 sudu kecil garam untuk rendamkan lokan bukan letak dalam masakan ye.
 
  
  • Amik bahan tumbuk dan tumbuk sekaligus sehingga lumat.

  • Masukkan santan ke dalam periuk
  • Masukkan pula bahan yang telah ditumbuk

  • Kemudian masukkan serai, dan Nestle Natural Set Yogurt ke dalam santan
  • Kacau sebati sehingga santan menggelegak.
  • Perasakan garam dan gula jika perlu
  • Masukkan nanas
  • Boleh masukkan lokan dan kacau rata

  • Masukkan daun kunyit yang telah diracik halus dan masukkan lada besar jika suka
  • Bagi memastikan lokan sudah cukup masak atau belum, senang sahaja iaitu pastikan lokan mulutnya terbuka luas terkangkang ye and then bolehlah dihidangkan kepada keluarga.

 
 Jeng-jeng... siapppp. Makan ngan roti n nasi panas ala lembik gitu sodap. Selamat mencuba. Pedas weh.


Resepi 3 : Murtabak Maggi dengan Nestle Natural Set Yogurt   

Bahan-bahannya :-
  • 5 bungkus MAGGI Perisa Kari
  • Air untuk merebus
  • 4-5 ketul isi ayam
  • 4 batang sosej
  • 4 - 5 ketul tempura nugget 
  • Sayur campur
  • Perencah Kari MAGGI
  • 1 1/2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • 3 biji telur 
  • Keju Parmesan jika suka
  • Daun sup yang dipotong halus dalam 1/2 inci
  • 1 sudu kecil perencah Pati Ikan Bilis
  • Serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menumis
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika suka
  • Sos Cili
  • Mayonis 1000 Island
 Bahan Tumbuk :-
  • 1labu bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara membuatnya :-
 


  
  •  Rebus 5 bungkus MAGGI. Agak-agak dah kembang, boleh angkat dan toskan dan biar sehingga kering air

  
 
  •  Amik bahan tumbuk dan tumbuk sekaligus sehingga lumat.

 
  • Kemudian, potong sosej dan nugget tempura sebagaimana gambar paling kanan di atas 

 
  •  Then, ambil isi ayam yang telah dipotong kecil.
  • Lepas tu, campurkan sekali isi sosej, isi nugget tempura dan isi ayam di dalam satu bekas/mangkuk
  • Masukkan 1 sudu setengah besar Nestle Natural Set Yogurt dan satu paket perencah MAGGI Kari di dalam bekas/mangkuk yang sama sebagaimana gambar di atas.
  • Gaul rata bersama. Tukar bekas/mangkuk jika nak gaul pun rasa agak terbatas ye puan-puan.
  • Masukkan sayur campur. Gaul rata lagi.
  • Perasakan gula dan garam ye
  • Dan biarkan seketika. Kita anggap ini adalah BAHAN YANG TELAH DIGAUL ye.

 
  • Sesi menumis. Puan-puan, ambil bahan yang telah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau sehingga meresap ke baju-baju kerjaan yang telah cantik digosok. Perfume asli gitu.
  • Masukkan perencah Pati Ikan Bilis dan lada sulah


 
  • Setelah naik bau dan pecah segala minyak, ambil BAHAN YANG TELAH DIGAUL tadi dan tumis bersama.
  • Selepas beberapa minit, masukkan daun sup dan gaul rata sehingga sekata
  • Cukup rasa segala mak nenek, boleh tutup api dapo.


 
  • Ambil MAGGI yang telah ditos tadi dan masukkan ke dalam satu mangkuk yang besar
  • Ambil bahan yang telah siap ditumis dan gaul bersama MAGGI tersebut
  • Setelah bahan digaul sebati, pecah ruyung manakan dapat sagunya, eh, silap, pecahkan 3 biji telur dan masukkan ke dalam bahan MAGGI yang telah digaul itulah. Jadilah murtabak MAGGI. Hish, kamu ni, penat mak menaip tau. Dahlah tgh menaip Nuffnang called i. Cemas mak nak.
  • Telur ni just taknak bagi murtabak MAGGI ni terlerai bila menggoreng atau bakar. Ada yang guna tepung jagung, orait gak.

 
  • After that, siap cantek MAGGI tu, so bolehlah digoreng. I guna alat yang nak wat benjol eh benjo tu. Alah, "abang, burger benjo satu!". hah, gitu. 
  • I used that thing lah nak kasi cantik murtabak MAGGI i.
  • Nak bako pun voley.


  • Ini keju parmesan. Sebeno-benonya, i silap suh hubby i beli. Patutnya if nak bake or fry tak digalakkan sangat guna keju ni sebabnya bila i guna, habis melekat kat kuali i. Maybe if uollss nak try bake tak melekat kot sebab tak perlu ditunggang terbalikkan ini murtabak, right?

Fuh, selesai tiga resepi. Ada satu lagu. Sat naaa. Mak, fenin. Hasil murtabak MAGGI ni, jap eh. Jap tau.

Wallahhhh... ok tak, ok tak? Ok ek. 

Alhamdulillah, murtabak MAGGI ni dapat dihasilkan dalam 19-20 biji. Hiasan kat atas murtabak MAGGI tu adalah sos cili dan Mayonis 1000 island aje. Nnt cuba deh. Wat minum petang yang indah utk family.


Last but not least...

Resepi 4 : Udang Harimau Goreng Bawang bersama Nestle Natural Set Yogurt 

Bahan-bahannya :-
  • 1 ekor udang harimau (mahal weh, lari bajet untuk this challenge, xpe uolls guna udang kecil comey pun hokey tau)
  • 1 labu bawang besar yang dimayang bulat
  • 1 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • 1 biji cili merah yang dipotong senget menyenggeng
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng
  • Serbuk lada sulah
  • perencah Pati Ikan Bilis
  • Garam jika perlu dan suka. Senang cite optional lah.
Cara membuatnya :-

 
  • 1 ekor udang yang telag dibasuh bersih dan direndam dengan air garam. I guna garam sebab asam jawa tak dok, paham ek tak dok.
 
  • Potong udang dalam tiga atau 2 bahagian sebelum digoreng.
  • Goreng udang sebegitu sahaja. Boleh juga gaul udang bersama serbuk kunyit dan garam jika anda gemarkannya. 
  • Sekejap je gorengnya sebab udang cepat masak.

 
  • Tumis bawang besar bersama daun kari dan lada besar.
  • Masukkan perencah Pati Ikan Bilis dan lada sulah
  • Tumis sehingga naik bau

  • Masukkan 1 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • Kacau dan gaul rata sehingga sebati
  • Masukkan udang yang telah digoreng
  • Goreng dalam beberapa minit dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

 

Jemputsssssssssss. Ini permintaan khas dari incik suami mak. Dimakan begitu sahaja. Pastinya dengan Nestle Natural Set Yogurt , selera menjadi-jadi. Dengan lemak aslinya, perghhh, menambat selera sesiapa sahaja. Cubalah ke semua resepi di atas.


Tata, wish me luck. I nak rehat jap n nak angkat kain.



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...